Jual Produk Tidak Berdaftar, Almas Beauty & Health Sdn Bhd Dihadapkan Ke Mahkamah

Syarikat Almas Beauty & Health Sdn Bhd dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu di sini, hari ini atas pertuduhan mempunyai produk yang bukan keluaran berdaftar.

Syarikat itu sebagai Orang Kena Saman (OKS) yang diwakili Pengarah Urusan Almas Beauty & Health Sdn Bhd, Datuk Hassanal Bolkiah Abd Wahab bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas pertuduhan itu selepas dibacakan di hadapan Majistret Nurul Mardiah Mohammed Redza.

Menurut fakta kes, sepasukan penguatkuasa farmasi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menjalankan pemeriksaan di pejabat syarikat berkenaan di No 39 dan 41, Jalan Adenium 2G/5, 43000 Bukit Beruntung, Rawang jam 11 pagi pada 12 Mac 2019.

Dalam serbuan itu, pihak penguatkuasa farmasi merampas 81 kotak produk yang bukan keluaran berdaftar.

Pertuduhan itu yang dikemukakan Pegawai Pendakwa, Nazmin Izzati Md Naim dibuat mengikut Peraturan 7(1)(a) Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 iaitu kesalahan di bawah Peraturan 30(1) peraturan serta boleh dihukum mengikut Seksyen 12(2) Akta Jualan Dadah 1952.

Bagi pertuduhan itu, syarikat terbabit boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 manakala denda RM100,000 bagi kesalahan seterusnya jika disabitkan kesalahan.

Terdahulu Hassanal Bolkiah memberitahu mahkamah bahawa pihaknya tidak menerima sebarang surat makluman mengenai penarikan notifikasi produk terbabit daripada KKM.

“Sebelum ini, produk berkenaan sudah mendapat pendaftaran daripada kementerian, namun ia ditarik balik atas alasan ada dakwaan pada kotak pembungkusan yang dilarang.

“Bagaimanapun, pihak kami tidak menerima surat penarikan pendaftaran produk berkenaan,” katanya yang tidak diwakili peguam.

Nurul Mardiah kemudian menetapkan 4 Januari depan sebagai tarikh sebutan semula kes bagi membolehkan OKS melantik peguam.

Semalam, Harian Metro melaporkan ahli perniagaan yang juga usahawan produk kecantikan dan makanan kesihatan terkemuka akan didakwa hari ini, atas tuduhan memiliki serta menjual produk tidak berdaftar dengan KKM.

Sumber : HMetro

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram & Juga Twitter @CherasDaily untuk info baharu dan terkini!

PERHATIAN: Pihak Cheras Daily  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir dengan bijak terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Cheras Daily juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*