Kemalangan Di Loke Yew , Ibu M4ut dan Anak Lelakinya Cedera Par4h.

Seorang wanita maut manakala anak lelakinya parah selepas kereta yang mereka naiki terbabas sebelum merempuh pokok berdekatan Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Chung Kwo di Jalan Loke Yew, di sini, hari ini.

Pusat Gerakan Operasi Bomba Kuala Lumpur dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 6.15 pagi.

Susulan itu, katanya, seramai 10 anggota menaiki dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pudu dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik anggota tiba, mereka mendapati sebuah kereta jenis Proton Wira terbabas dan terdapat dua mangsa di dalamnya.

“Seorang wanita tersepit di tempat duduk pemandu, dikeluarkan anggota dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan di lokasi kejadian. Kanak-kanak lelaki itu pula dikeluarkan orang awam,” katanya.

Menurut kenyataan itu, mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

“Kanak-kanak itu yang mengalami kecederaan pada bahagian muka pula dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan lanjut,” katanya.

Sumber : BHarian

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram & Juga Twitter @CherasDaily untuk info baharu dan terkini!

PERHATIAN: Pihak Cheras Daily  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir dengan bijak terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Cheras Daily juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*