Kemalangan M4ut Di Plus, Ibu Cedera Par4h Manakala 3 Anaknya Meningg4l Dunia

3 orang kanak-kanak maut, manakala seorang wanita yang dikenal pasti adalah ibunya parah dalam kemalangan jalan membabitkan sebuah kereta dan dua lori di Kilometer 272.4 Lebuhraya Utara-Selatan arah Utara, Simpang Pulai di sini, hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 3.01 petang.

“Anggota yang ke lokasi mendapati kemalangan itu membabitkan kereta Perodua Axia dan dua buah lori.

“Kami difahamkan kedua-dua lori berkenaan bergesel sesama sendiri dan berhenti di laluan kecemasan sebelum kereta terbabit melanggarnya.

“Tiga kanak-kanak lelaki yang berada dalam kereta terbabit maut di tempat kejadian,” katanya.

Menurutnya, pihaknya menggunakan peralatan khas untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit dan kemudian menyerahkan mangsa yang maut di lokasi kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

“Mangsa yang parah pula dikejarkan ke hospital menggunakan kenderaan EMRS,” katanya.

Hilang 3 Anak Serentak

Polis mengenalpasti identiti tiga kanak-kanak lelaki yang maut dalam kemalangan membabitkan sebuah kenderaan dan dua lori di Kilometer 272.5 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara berhampiran Taman Rekreasi Gunung Lang, di sini, petang tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh, Superintendan Mohamed Nordin Abdullah berkata, mangsa yang maut ialah Muhammad Adam Hakimi Muhammad Alhafis, 7; Muhammad Lutfi Hakim, 3, dan Muhammad Affan Hafiy, 1.

Katanya, ibu mangsa, Nur Aimi Nadiah Abdul Rahim, 27, cedera parah manakala dua pemandu treler dan lori tidak mengalami kecederaan.

Mohamed Nordin berkata, polis menerima maklumat berhubung kejadian kemalangan yang membabitkan treler, lori dan Perodua Axia pada jam 3.50 petang.

Katanya, kemalangan pertama berlaku di antara dua treler di lorong kiri jalan yang membabitkan kes langgar belakang.

“Pihak PLUS yang datang meronda di lokasi kemalangan memberi bantuan serta kawalan lalu-lintas dan tiba-tiba datang Perodua Axia dari arah sama di lorong kanan lalu hilang kawalan dan berpusing melanggar di belakang treler membawa muatan elektronik yang dalam perjalanan dari Shah Alam ke Pulau Pinang.

“Keempat-empat mangsa tersepit, ibu cedera parah manakala tiga anak lelakinya meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya sambil memaklumkan ibu mangsa masih dirawat di wad kecemasan, Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini.

Menurutnya, punca kemalangan berpunca daripada Perodua Axia terbabas sendiri lalu melanggar belakang treler yang berada di lorong kecemasan.

Beliau berkata, bedah siasat akan dilakukan pada jam kira-kira 3 petang esok.

Katanya, siasatan lanjut sedang dijalankan dan kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Sumber : HMetro

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram & Juga Twitter @CherasDaily untuk info baharu dan terkini!

PERHATIAN: Pihak Cheras Daily  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir dengan bijak terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Cheras Daily juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*