Kepala Geng Sindiket Penyeludupan Dan Tiga Lagi Individu Ditahan Dan Direman

Empat lagi individu termasuk seorang lelaki tempatan dipercayai kepala sindiket penyeludupan di sempadan negara direman tujuh hari, mulai hari ini, selepas disyaki terbabit dalam kejadian serangan ke atas anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) di Padang Besar, dekat sini, kelmarin.

Perintah reman itu dikeluarkan Pendaftar Mahkamah Kangar, Monica Joseph Gaisah selepas mendapat permohonan polis bagi menyiasat semua suspek berusia antara 22 hingga 45 tahun berkenaan.

Semua mereka disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh.

Semalam, seorang suspek warga Thailand berusia 27 tahun berjaya ditahan di kawasan berbukit di sempadan Malaysia-Thailand berdekatan FELDA Mata Ayer oleh anggota PGA kira-kira jam 9 pagi.

Susulan itu, polis melancarkan operasi khas bagi memburu rangkaian sindiket penyeludupan dan berjaya menahan tiga lagi suspek warga tempatan berusia 22, 26 dan 45 tahun secara berperingkat di sekitar negeri ini.

Difahamkan, suspek berusia 45 tahun terbabit adalah ketua sindiket yang aktif dalam kegiatan penyeludupan ketum dan dadah termasuk mempunyai kaitan dengan kumpulan di negara jiran.

Semalam, Ketua Polis Perlis, Datuk Surina Saad memaklumkan, pihaknya sedang berusaha memburu rangkaian kumpulan penyeludup termasuk dalang utama seorang lelaki warga tempatan.

Sehingga kini, seramai 22 individu termasuk empat warga Thailand ditahan berikutan kejadian serangan yang menyebabkan seorang anggota PGA, Sarjan Baharuddin Ramli, 54, maut, manakala rakannya, Sarjan Norihan Tari, 39, parah.

Sumber : Harian Metro

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram & Juga Twitter @CherasDaily untuk info baharu dan terkini!

PERHATIAN: Pihak Cheras Daily  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir dengan bijak terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Cheras Daily juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*