Kerana Alat Pemadam Api Melet0p, Seorang Lelaki Di Kedah Mat1 Selepas Alat Pemadam Apinya Melet0p

Seorang lelaki maut selepas alat pemadam api kereta yang diletakkan di hadapan rumahnya di Bandar Puteri Jaya, di sini, hari ini, meletup dan terkena pada kaki, paha dan lengan kirinya.

Dalam kejadian jam 1.15 tengah hari itu, mangsa yang berusia 43 tahun ditemui terbaring oleh isterinya yang berusia 38 tahun.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, sebelum itu isteri mangsa terdengar letupan kuat sebelum keluar mendapatkan suaminya.

Beliau berkata, isteri mangsa kemudian bersama jiran mereka membawa mangsa ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) untuk mendapatkan rawatan segera.

“Setibanya di zon kuning, mangsa masih sedarkan diri namun kira-kira 20 minit kemudian, doktor memaklumkan mangsa meninggal dunia.

“Hasil siasatan mendapati mangsa dan isterinya adalah peniaga warung makanan di Bandar Puteri Jaya. Mangsa dipercayai bekerja separuh masa membaiki peralatan elektronik di hadapan rumah mereka untuk menambah pendapatan sampingan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Adzli berkata, sebelum kejadian, saksi kejadian memberitahu dia bersembang di hadapan rumah sambil memerhati mangsa membaiki radio yang dihantar olehnya.

Beliau berkata, saksi juga memberitahu pemadam api itu adalah untuk kegunaan di dalam kenderaan namun dikeluarkan dan berada tidak jauh dari tempat mereka berbual.

“Pemadam api itu dilihat sudah berada di situ sejak dua hari yang lalu ketika saksi menghantar radio untuk dibaiki.

“Saksi memberitahu ia kepunyaan mangsa dan tidak mengetahui di mana mangsa memperolehnya,” katanya.

Adzli berkata, siasatan mendapati alat pemadam api itu secara tiba-tiba mengeluarkan asap putih menyebabkan mangsa mengambil untuk membuangnya tetapi meletup.

“Akibat letupan itu, mangsa mengalami kecederaan di paha, kaki dan lengan kiri.

“Sewaktu kejadian saksi dan mangsa saja yang berada di tempat kejadian dan tiada saksi lain yang melihat kejadian itu dan tiada unsur jenayah didapati di lokasi kejadian,” katanya.

Adzli berkata, pihak Bahagian Forensik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) sampai di tempat kejadian namun belum dapat dipastikan punca letupan pemadam api berkenaan setakat ini.

Beliau berkata, Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut menjalankan siasatan pada pemadam api itu dan mendapati ada kesan potong pada alat berkenaan.

“Siasatan lanjut tempat kejadian tidak menemui alatan yang digunakan untuk memotong pemadam api berkenaan.

“Mayat dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar dan akan dibedah siasat esok,” katanya.

Sumber : Harian Metro

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram & Juga Twitter @CherasDaily untuk info baharu dan terkini!

PERHATIAN: Pihak Cheras Daily  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir dengan bijak terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Cheras Daily juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*