Kerana Kluster Genting, Terbongkar Rahsia Yang Terdapat Di Genting Highlands!

Kes Covid 19 yang dikenali kluster genting baru-baru ini dikatakan berpunca daripada kes indeks iaitu seorang warga asing dari Bangladesh yang telah merentas negeri ke Genting Highlands, Pahang dan telah menyebabkan kawan-kawannya turut dijangkati Covid-19 semasa dia dikatakan pulang melawat mereka.

Disebabkan itu, pada 9 Disember, kerajaan telah pun bersetuju untuk melaksanakan PKPD di ketiga-tiga kawasan membabitkan Apartmen Amber Court, Apartmen Ria dan Rumah Kongsi Kampung Semaut di Bentong, Pahang mulai 10 hingga 23 Disember 2020.

Tinjauan di laman sosial Twitter pula, kami telah mendapati seorang pengguna yang dikenali sebagai @KulupFans telah memuat naik satu posting susulan kes warga asing yang dikatakan telah merentas negeri untuk berjumpa dengan rakan-rakannya di Genting Highland.

Kluster Genting berpunca dari seorang Bangla rentas negeri jumpa kawan-kawan. Kalau tak kerana bangla tu la, mungkin ramai jugak yang tak tahu kat atas tu ada penempatan warga asing sebesar tu.

Dulu lagi orang dah bising pasal penempatan haram warga asing ni. Tapi haram tak bertindak. – Tulisnya di Twitter.

Dia dikatakan cuba untuk mengetengahkan isu penempatan haram warga asing yang dikatakan telah lama wujud di suatu kawasan di Genting Highlands.

Gambar yang dikongsinya itu turut memaparkan keseluruhan kawasan penempatan haram itu yang kelihatan sangat padat dan sememangnya terletak jauh daripada pandangan mata manusia.

Perkongsiannya itu telah berjaya mendapat lebih daripada 4,000 ‘Retweet‘ dan 5,000 ‘likes’ oleh netizen di Twitter.

Ini pula antara luahan netizen di Twitter mengenai isu penempatan warga asing itu.

Kredit : Trending Sangat & Ranikulupfans

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram & Juga Twitter @CherasDaily untuk info baharu dan terkini!

PERHATIAN: Pihak Cheras Daily  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir dengan bijak terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Cheras Daily juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*