Kes C0vid-19 Hari Ini Melonjak Kepada 691 Kes Dan 4 Kematian, Ini Kata PM Tentang “Total Lockdown”

Putrajaya: Penularan Covid-19 dalam negara terus merekodkan angka tertinggi dengan 691 kes hari ini, menjadikan jumlah kumulatif keseluruhan penularan wabak itu sebanyak 13,504 kes dengan kebolehjangkitan meningkat kepada 2,936 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada 691 kes baharu dilaporkan itu, penularan tempatan merekodkan 688 kes, selebihnya tiga kes import.

“Lebih separuh jumlah kes iaitu 394 kes dari Kluster Tembok, Kedah yang mana kesemua mereka terasing dari orang awam.

“Justeru, risiko penularan jangkitan amat rendah dan terkawal. Di Sabah pula, 219 kes dari zon merah iaitu kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) secara pentadbiran,” katanya pada sidang media di kediaman beliau hari ini.

Perincian bagi kes import membabitkan satu warganegara yang balik dari India (Kuala Lumpur) dan dua bukan warganegara membabitkan individu balik dari Mesir (Kuala Lumpur) serta individu balik dari Filipina (Selangor).

Daripada 688 kes penularan di dalam negara, 661 kes membabitkan warganegara Malaysia dan 27 kes adalah bukan warganegara.

Penularan Covid-19 dalam negara tertinggi direkodkan di Kedah (397 kes) diikuti Sabah (219 kes) dan Selangor (38 kes).

Penularan wabak itu di negeri lain, antaranya Perak (8 kes), Negeri Sembilan (7 kes), Johor (6 kes), Kuala Lumpur (4 kes), Sarawak (3 kes), Pulau Pinang (3 kes), Terengganu (1 kes), Putrajaya (1 kes) dan Labuan (1 kes).

Mengulas lanjut, Dr Noor Hisham berkata, ada 87 kes yang pulih hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes pulih sepenuhnya daripada Covid-19 sebanyak 10,427 kes.

“Sehingga kini, 31 pesakit positif Covid-19 dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan lapandaripadanya memerlukan bantuan pernafasan,” katanya.

Dalam pada itu, empat kematian berkaitan jangkitan Covid-19 dilaporkan kepada Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) setakat 12 tengah hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes kematian bertambah 141 kes.

PM Sudah Mula Guna Rotan

Perdana Menteri menegaskan kerajaan akan menggembleng semula petugas barisan hadapan daripada agensi penguatkuasaan ke tempat awam bagi memastikan orang ramai mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dalam mengekang penularan Covid-19 dalam negara.

Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, jika ada yang melanggar undang-undang ditetapkan kerajaan dalam memerangi pandemik ini, hukuman kompaun dan lain-lain akan dikenakan tanpa mengira pangkat dan darjat.

“Maaflah jika Abah ini mula menggunakan rotan! Marilah kita hadapi perang menentang Covid-19 secara bersama.

“Ingat, kita pernah berjaya melandaikan lengkung jangkitan Covid-19 sebelum ini. Saya yakin dan percaya kita akan dapat bersama-sama melandaikannya sekali lagi.

“Insya-Allah, kita doakan mudah-mudahan kita semua akan menang akhirnya,” katanya ketika Perutusan Khas Situasi Semasa Covid-19 yang disiarkan secara langsung di televisyen dan media sosial, hari ini.

PM Jamin PKP Tidak Akan Dilaksanakan

Kuala Lumpur: Kerajaan setakat hari ini tidak memikirkan soal melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara atau total lockdown, kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Langkah itu jika dilaksanakan sekali lagi boleh membawa kesan besar yang dikhuatiri akan meruntuhkan sistem sosial dan ekonomi negara, na’uzubillah,” kata Muhyiddin ketika Perutusan Khas Situasi Semasa Covid-19 yang disiarkan secara langsung di televisyen dan media sosial, hari ini.

Beliau berkata, kerajaan ketika ini hanya menguatkuasakan perlaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Secara Bersasar (Temco) di kawasan yang dikenal pasti mempunyai kes Covid-19 yang tinggi.

“Dengan ini, aktiviti ekonomi dan sosial di kawasan lain yang tidak terjejas boleh diteruskan dengan amalan SOP (prosedur operasi standard) yang ketat dan penguatkuasaan undang-undang yang tegas.

 

“Saya percaya kesiapsiagaan sistem kesihatan kita akan membolehkan kita menangani penularan Covid-19 tanpa perlu kita menutup sektor ekonomi yang pernah dilakukan sebelum ini,” katanya.

Setakat ini, Muhyiddin berkata, proses pemulihan ekonomi berjalan dengan lancar dan apa jua keputusan yang diambil kerajaan akan mengambil kira kepentingan 15 juta rakyat yang keluar bekerja.

“Ini penting bagi menjamin kelangsungan hidup rakyat dan kestabilan ekonomi negara,” katanya.

Sumber : Harian Metro

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram & Juga Twitter @CherasDaily untuk info baharu dan terkini!

PERHATIAN: Pihak Cheras Daily  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir dengan bijak terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Cheras Daily juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*