C0vid-19 Terbaharu 660 Kes Dan 4 Kematian

Penularan Covid-19 dalam negara terus merekodkan angka tertinggi iaitu 660 kes hari ini, menjadikan jumlah kumulatif keseluruhan penularan wabak itu sebanyak 17,540 kes, dengan empat kes kematian.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada kes baharu dilaporkan itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 5,768 kes.

Katanya, daripada jumlah kes baharu itu, kes penularan tempatan merekodkan 654 kes, selebihnya kes import yang mendapat jangkitan di luar negara.

“Daripada kes penularan tempatan, 608 kes membabitkan warganegara manakala 46 kes bukan warganegara.

 

“Bagi kes import pula, dua adalah warganegara dan empat bukan warganegara iaitu dari Singapura (3 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur); Indonesia (2 kes daripada saringan kapal di Wilayah Persekutuan

Kuala Lumpur) dan Filipina (1 kes daripada saringan kapal di Wilayah Persekutuan Labuan),” katanya dalam sidang media secara maya yang disiarkan di Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, Sabah masih mencatatkan jumlah kes tertinggi iaitu 429 kes iaitu 65 peratus susulan aktiviti saringan yang dilakukan di lapangan.

Berhubung kes kematian, katanya, kesemua empat kematian dilaporkan di Sabah menjadikan jumlah kumulatif kes kematian meningkat 167 kes.

“Kes kematian ke-164 (kes ke-11,152) membabitkan lelaki berusia 80 tahun mempunyai latar belakang penyakit darah tinggi dan gout dilaporkan meninggaldunia di Hospital Lahad Datu, Sabah.

“Manakala kes kematian ke-165 (kes ke-17,307) adalah wanita berusia 63 tahun yang mempunyai latar belakang penyakit darah tinggi dan kencing manis meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth.

“Kes kematian ke-166 dan 167 (kes ke-17,308 dan 17,309) membabitkan wanita berusia 73 tahun serta 47 tahun yang meninggal dunia di Hospital Duchess Of Kent. Kedua-duanya mempunyai penyakit darah tinggi,” katanya.

Selain itu, katanya, terdapat 233 kes pulih hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes pulih sepenuhnya daripada Covid-19 sebanyak 11,605 kes.

Sehingga kini 108 pesakit positif Covid-19 dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 35 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Sumber : Harian Metro & Twitter KKM

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram & Juga Twitter @CherasDaily untuk info baharu dan terkini!

PERHATIAN: Pihak Cheras Daily  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir dengan bijak terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Cheras Daily juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*