Kes Ketuk Tanpa Salam: Jenayah Atau Perbuatan Ilmu Hitam? Ini Penjelasan Mufti Selangor

Kejadian pintu rumah diketuk tanpa salam yang menghantui penduduk empat buah kampung di daerah ini terus diselubungi miste-ri apabila ‘entiti’ itu memi­lih rumah yang ramai penghuni berbanding mereka yang tinggal seorang diri.

Rata-rata penduduk mendakwa mereka masih diganggu setakat malam kelmarin.

Seorang penduduk enggan dikenali berkata, mereka berasa bingung kerana masih belum mengetahui punca gangguan tersebut.

“Yang menjadi tanda tanya adalah bagaimana ‘pelakunya’ tahu rumah itu mempunyai ramai penghuni atau sebaliknya.

“Ramai kecoh mengenai kehadiran ‘p0cong’ sehingga tular di media sosial. Dakwaan itu turut mengg4nggu keharmonian kampung walaupun belum dibuktikan mengenai kesahihannya,” katanya kepada Kosmo! di sini semalam.

Dakwanya lagi, ada pihak yang mengaitkan kejadian miste-ri itu dengan bomoh yang dikatakan mahu menguji kebolehan ilmu­nya, namun dia menafikan perkara tersebut.

Ditanya sama ada wujud unsur khi4nat, dia tidak mahu me­nuduh mana-mana pihak dengan kegiatan itu.

Sementara itu, Pengerusi Maj­lis Pengurusan Komuniti Kampung Kampung Batu 37, Muhammad Nazri Saiman memberitahu, tiada sebarang kelibat ditemui semasa melakukan rondaan di sekitar kampung tersebut.

“Penduduk ada menghubungi saya beritahu yang rumahnya diketuk, namun setelah diperiksa tiada individu yang berada di luar (rumah),” katanya.

Justeru itu, beliau membuat laporan di Balai Polis Sabak Bernam supaya rondaan di kawasan kampung tersebut dapat ditingkatkan pada hari mendatang.

Dalam pada itu, Mufti Sela­ngor, Datuk Mohd. Tamyes Abd. Wahid berkata, kejadian ketukan misteri itu perlu disi4sat secara menyeluruh bagi mengetahui pun-canya.

“Sejujurnya saya berasa tidak selesa untuk mengulas mengenai kejadian ini. Siasatan perlu dilakukan sebelum kenyataan dikeluarkan oleh mana-mana pihak.

Sumber : Jiran Cakap

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram & Juga Twitter @CherasDaily untuk info baharu dan terkini!

PERHATIAN: Pihak Cheras Daily  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir dengan bijak terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Cheras Daily juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*