Kes Tertinggi Pernah Direkodkan Semalam Sebanyak 317, Paling Tinggi Sejak Februari.

Putrajaya: Penularan Covid-19 melonjak 317 kes hari ini, jangkitan tertinggi pernah direkodkan sejak wabak itu mula dikesan di negara ini pada awal Februari lalu.

Pertambahan itu menjadikan jumlah kumulatif keseluruhan penularan wabak berkenaan dalam negara sebanyak 12,088 kes dengan kebolehjangkitan meningkat kepada 1,735 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, semua 317 kes baharu dilaporkan itu membabitkan penularan tempatan dan tiada kes import yang mendapat jangkitan di luar negara.

Beliau berkata, daripada 317 kes penularan di dalam negara, 303 kes dikesan dalam kalangan warganegara dan 14 kes bukan warganegara.

Katanya, sebanyak 37 kes adalah pengunjung yang pulang dari Sabah dan ini menjadikan jumlah kes dilaporkan mempunyai sejarah perjalanan ke Sabah sejak 20 September sebanyak 176 kes.

“Penularan tertinggi direkodkan di Sabah dengan 155 kes diikuti Kedah (102 kes) dan Selangor (32 kes).

“Kes penularan Covid-19 di negeri lain membabitkan Terengganu (9 kes), Kuala Lumpur (4 kes), Johor (4 kes), Sarawak (3 kes), Pulau Pinang (3 kes), Kelantan (2 kes), Putrajaya (2 kes) dan Negeri Sembilan (1 kes),” katanya pada sidang media di Putrajaya, hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, ada 121 kes yang pulih hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes pulih sepenuhnya daripada Covid-19 sebanyak 10,216 kes.

“Sehingga kini, 29 pesakit positif Covid-19 dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan empat daripadanya memerlukan bantuan pernafasan,” katanya.

Dalam pada itu, satu kematian berkaitan jangkitan Covid-19 dilaporkan kepada Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) setakat 12 tengah hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes kematian meningkat 137 kes.

Sumber: Harian Metro

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram & Juga Twitter @CherasDaily untuk info baharu dan terkini!

PERHATIAN: Pihak Cheras Daily  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir dengan bijak terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Cheras Daily juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*