Kisah Lengkap Dan Perjalanan Kes Surya Sejak Hari Pertama. Inilah Kronologi Beserta Gambar Bukti.

  1. Pada 1 November 2020, keluarga Siti Nur Surya Ismail menerima berita mendukacitakan apabila mendapati insan yang tersayang ditemui mati dalam keadaan yang sungguh menyayat hati mereka sekeluarga, “Ibarat Sudah Jatuh Ditimpa Tangga”.
  2. Surya baru sahaja berusia 19 tahun dan seorang remaja perempuan yang bercita-cita mahu menjadi Pelukis Pelan. Arwah merupakan anak kelima dari tujuh adik beradik. Surya bagaimanapun melupakan sementara hasratnya itu demi menjaga ibunya yang sakit terlantar kerana menghidapi sakit kanser otak tahap 3. Bapa Surya turut memaklumkan kepada media, Surya sebenarnya telah mendapat tempat di Akademi Binaan Negara (ABN), Hulu Terengganu dan sepatutnya menyambung pelajarannya pada awal Januari lalu namun menangguhkan cita-citanya demi menjaga ibunya yang sakit.
  3. Surya ketika ditemui dalam keadaan tertiarap, di mukanya penuh darah dan pergelangan tangannya terputus. Kesan tikaman senjata tajam di temui di beberapa bahagian badan Surya.
  4. Ketika kejadian, ibu Surya yang sakit terlantar, berada di bahagian bilik, dan tidak dapat dipastikan samada beliau menyedari atau tidak kejadian itu kerana ibu Surya, Zaini Musa, berusia 55 tahun tidak mampu bercakap, berikutan keadaan yang menderita penyakit kanser otak tahap tiga.
  5. Pada jam 2.30 petang, 1 November, Siti Nurliyana Syuhada, yang berusia 15 tahun pulang ke rumah dari sekolahnya, dan melihat kakaknya tertiarap di ruang tamu rumahnya dalam keadaan berlumuran darah dan putus pergelangan tangan. Kejadian berlaku di Kampung Lubik Batu, Telemong. Nurliyana, dalam keadaan ketakutan, trauma dan sedih, keluar dari rumah, dan terus menghubungi bapa dan abangnya untuk melaporkan tragedi itu. Sebagai rekod, hubungan Nurliyana dengan kakaknya sangat erat, apatah lagi kakaknya lah yang menghantar dan menjemputnya dari sekolah setiap hari.
  6. Kejadian itu kemudiannya dilaporkan media tempatan dan mendapat perhatian netizens berikutan keadaan mangsa ketika ditemui sangat menyedihkan disamping usianya yang masih muda. Lebih mendukacitakan apabila media melaporkan mangsa diserang dalam rumah yang mana ibunya yang sakit kronik turut berada di rumah yang sama.
  7. Pada awalnya kes itu dirumuskan sebagai samun dan bunuh memandangkan ada barang yang hilang seperti wang tunai, barangan make up dan telefon bimbit.
  8. Bagaimanapun segala-galanya mula berubah, apabila rakaman CCTV dari bangunan menternak burung berhampiran rumah arwah tular di WhatsApp pada malam Isnin.
  9. Dalam rakaman yang tular itu, dimaklumkan terdapat sebuah motor EX5 yang keluar dan masuk ke rumah Surya sekitar jam 9 pagi, dan yang membawa motor itu kelibat seorang perempuan yang bertudung dan bersanggul tinggi. Oleh kerana itu, perempuan tersebut disimpulkan sebagai prime suspect kerana berada di tempat pembunuhan ketika kejadian berlaku.
  10. Siti Nur Athirah, berusia 19 tahun, seorang remaja yang juga kawan baik kepada Surya adalah perempuan yang dimaksudkan dalam rakaman CCTV yang tular itu.
  11. Ditemani ibunya, beliau kemudiannya hadir ke Balai Polis Daerah Hulu Terengganu bagi membantu siasatan dan memberikan keterangan.
  12. Berdasarkan dua sumber laporan media yang berbeza; Sinar Harian melaporkan, Athirah tiba di Balai Polis pada jam 7.30 pagi. Manakala, Berita Harian melaporkan Athirah tiba di balai pada jam 8.15 pagi.
  13. Athirah kemudiannya disoalsiasat polis berhubung kejadian tersebut.
  14. Polis bagaimanapun mendapati keterangan Athirah mencurigakan, soal siasatan dengan lebih lanjut kemudiannya dilakukan.
  15. Hasil siasatan itu kemudiannya mendapati;- Siti Nur Athirah berumur 19 tahun merupakan kawan dan pernah bersekolah bersama Surya dari tingkatan 1 hingga 5.- Di badan Athirah terdapat kesan kecederaan, gigitan di tangannya dipercayai akibat dari pergelutan.

    – Athirah mengakui beliau hadir ke rumah Surya pada jam 9 pagi.

    – Athirah juga mengakui beliau telah membunuh mangsa.

    – Ketika berbual, telah berlakunya perselisihan faham sehingga membawa kepada pergelutan.

    – Mereka berdua bergaduh di kawasan rumah tamu, ketika dalam pergelutan, suspek kemudiannya mencapai sebilah pisau pemotong sayur yang berada di ruang tamu.

    – Suspek mengelar tangan mangsa beberapa kali sehingga terputus.

    –  Terdapat kesan luka akibat tetakan pada wajah Surya, leher dan dada.

    – Menurut pihak polis, ketika bersembang, berlakunya kata-kata yang menimbulkan kemarahan suspek, dipercayai suspek berang kerana disindir. Suspek dilaporkan tinggal 2km dari rumah mangsa.

    – Barang-barang mangsa yang hilang dari rumahnya, ditemui dalam rumah Athirah. Antara barangan tersebut ialah wang tunai, telefon bimbit dan barangan makeup.

    – Pisau yang juga senjata pembunuhan utama masih dikesan oleh pihak polis.

    – Kes ini diklasifikasikan sebagai kes bunuh dan polis akan mendakwa suspek dibawah 302 kanun keseksaan. Bukannya samun dan bunuh. Dari maklumat yang tular, rompakan atau samun itu dilakukan sebagai samaran untuk mengaburi kejadian sebenar.

    – Pihak polis juga memaklumkan, ibu mangsa tidak boleh dijadikan saksi berikutan keadaannya yang sakit dan kesukaran bertutur.

    – Pihak polis juga berkata suspek akan direman (pada 2 November). Dan telah pun berjaya mendapat perintah reman selama 7 hari bermula 3 November hingga 9 November, kira-kira jam 10.30 pagi hari ini.

  16. Maklumat lain yang diterima dari netizens ialah seperti berikut;Kronologi kejadian;- Pada jam 8 pagi, Mohd Zaid Azrol, berumur 28 tahun, abang mangsa telah menghantar bubur nasi ke rumah ibunya.

    – Pada jam 8.30 pagi, Zaid telah selesai bersarapan dan keluar bekerja.

    – Pada jam 10 pagi, sepatutnya ibu mangsa telah selesai bersarapan dan ditukarkan pampersnya.

    – Pada jam 1.45 tengahari, Surya sepatutnya menjemput adiknya, Nurliyana Syuhadah dari sekolah. Liyana telah menelefon kakaknya berkali-kali tetapi tiada jawapan. Liyana kemudiannya pulang ke rumah, jarak antara sekolahnya dan rumah ialah 1 KM.

    – 2.15 petang, Liyana temui kakaknya tertiarap, dan memikirkan kakaknya terkena renjatan elektrik. Liyana kemudiannya menghubungi ayahnya, yang bekerja dalam jarak 5KM dari rumah mereka.

    2.30 petang, Ayahnya pulang dan mendapati Surya sudah meninggal. Bubur nasi juga tidak dijamah. Lampir pakai buang isterinya juga belum bertukar.

  17. Seterusnya, kronologi di sosial media seperti berikut;- Pada 1 November dilaporkan kejadian pembunuhan tragis berlaku di Kampung Lubik Batu, Temelong. Berita itu dengan pantasnya mendapat perhatian netizens dan dikongsikan ramai pihak.

    – Netizens menyangka perlakuan itu didalangi mat pet, penagih.

    – Bagaimanapun telahan itu meleset, sebaliknya beberapa siri perbualan WhatsApp didedahkan, rupanya ia dilakukan oleh rakan Surya sendiri, dan ialah seorang perempuan berumur 19 tahun.

    – Terdapat maklumat, Athirah ialah budak pandai, SPM mendapat 6A, beliau menyambung pelajaran ke tingkatan 6.

    – FB suspek dan teman lelaki suspek juga tular di laman sosial. Kedua-dua FB tersebut diserang oleh netizens. Dalam masa 3 jam, terdapat 8k komen maki hamun Athirah di FBnya.

    – Tidak dapat dipastikan samada teman lelaki Athirah terlibat atau tidak dalam kejadian ini, namun maklumat dari pihak polis setakat 3 November, berkata Athirah ialah satu-satunya suspek dalam kejadian tersebut dan kini direman selama tujuh hari. (bermula 3 November).

    – Rakaman perbualan suspek dengan kawannya juga tersebar. Pertama dengan individu yang dikenali sebagai Aliya. Bagaimanapun post tersebut telah dipadamkan.

  18. Dalam pada itu, wajah-wajah sugul bapa Surya mendapat simpati dari netizens. Bapa Surya turut dilaporkan berkata;- Beliau tidak menyangka Surya dibunuh oleh kawannya sendiri.- Surya memaklumkan padanya, beliau dan Athirah tidak berkawan rapat lagi.

    – Athirah pernah datang ke rumahnya beberapa kali.

    – Beliau berharap pembunuh Athirah akan mendapat balasan setimpal.

    – Beliau juga berkata, pada awalnya tak mampu nak menerangkan pada isterinya tentang kejadian menimpa Surya bagaimanapun ketika jenazah Surya berada dalam rumah mereka, beliau akhirnya memaklumkan pada isterinya apa yang berlaku pada Surya meskipun isterinya itu kelihatan sukar untuk memahami apa yang sedang berlaku.

  19. Surya selamat dikebumikan pada jam 8.15 malam di Tanah Perkuburan Islam Kampung Beladau Selat.
  20. Surya juga sebenarnya telah mempunyai kekasih hati, yang bernama Muhammad Haiqal Adnan, berusia 19 tahun. Pada hari kejadian, Surya sempat menghantar mesej kepada Haiqal menerusi WhatsApp dan memintanya untuk jaga diri.
  21. Mengikut perancangan awal, mereka sepatutnya bertunang dan berkahwin pada tahun ini tetapi disebabkan covid19 dan keadaan ibu Surya yang sakit, maka perancangan itu ditangguhkan pada tahun hadapan.
  22. Sebelum kejadian malang itu, ibu Haiqal dan Haiqal melawat keluarga Surya pada sabtu kerana menziarahi ibu Surya yang sakit. – 3 November 2020.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Sumber Dan Kredit : sozcyili

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram & Juga Twitter @CherasDaily untuk info baharu dan terkini!

PERHATIAN: Pihak Cheras Daily  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir dengan bijak terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Cheras Daily juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*