Lagi Kes Rasuah, Seorang Pemilik Syarikat Ditahan Atas Cubaan Merasuah Pegawai SSM

Bagi membantu siasatan kes pemberian rasuah kepada pegawai Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), seorang pemilik syarikat direman tiga hari bermula hari ini,

Suspek lelaki yang juga berusia 66 tahun itu cuba merasuah atas sebab ingin menukar pemilikan saham syarikatnya kepada syarikat milik rakannya menggunakan dokumen palsu.

Perintah reman selama tiga hari itu sehingga 31 Ogos, dikeluarkan terhadap suspek oleh Majistret Shah Wira Abdul Halim di Mahkamah Majistret Putrajaya, pagi tadi.

Suspek tersebut ditahan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya pada jam 3 petang semalam ketika hadir untuk memberikan keterangan.

Difahamkan, pemindahan saham itu tidak didaftarkan oleh SSM dan turut membabitkan Setiausaha Syarikat berkenaan.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya, ketika mengesahkan tangkapan itu, berkata suspek berdepan siasatan mengikut Seksyen 17 (b) Akta SPRM 2009.

Sumber : Harian Metro

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram & Juga Twitter @CherasDaily untuk info baharu dan terkini!

PERHATIAN: Pihak Cheras Daily  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir dengan bijak terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Cheras Daily juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri. 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*