Lagi Kes Isteri Curang, Suami Cek1k Isterinya Sehingga M4ti Di Kelantan.

Kerana curang dipercayai motif utama seorang lelaki mencekik isterinya sehingga maut, semalam.

Dalam kejadian jam 12 tengahari di Kampung Liak, Pos Brooke, Gua Musang, mangsa yang juga etnik Orang Asli, Huda Sudin, 38, meninggal dunia akibat dicekik suaminya dipercayai selepas berlaku perselisihan faham di rumah mereka.

Ketua Polis Kelantan Datuk Shafien Mamat berkata, selepas mencekik isterinya, suspek berusia 45 tahun cuba membunuh diri dengan minum racun rumput.

“Hasil siasatan mendapati, suspek marah dan tidak berpuas hati apabila mendapat tahu isterinya mempunyai hubungan dengan lelaki lain.

“Menurutnya lagi, isterinya sering kali melakukan hubungan dengan lelaki itu yang juga dari kampung sama.

“Selepas mencekik isterinya hingga mati, suspek keluar membeli minuman keras dan minum supaya mabuk sebelum meneguk racun rumput bertujuan membunuh diri,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini, hari ini.

Shafien berkata, suspek dibawa ke klinik dan dalam keadaan stabil manakala mangsa pula dirujuk ke Hospital Gua Musang (HGM) untuk proses bedah siasat.

“Suspek ditahan reman selama seminggu bermula hari ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan (KK) kerana membunuh,” katanya.

Sumber : HMetro

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram & Juga Twitter @CherasDaily untuk info baharu dan terkini!

PERHATIAN: Pihak Cheras Daily  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir dengan bijak terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Cheras Daily juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*