Lagi Kes Kereta Masuk Lorong Motorsikal Di Lebuhraya Persekutuan !

Semalam, kerana mengikut panduan aplikasi navigasi, Waze, Dua pemandu kereta mendakwa memasuki laluan motosikal di Lebuhraya Persekutuan dari Kuala Lumpur menghala ke Klang berhampiran Petaling Jaya.

Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, berkata, seorang pegawai polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya sudah melihat dua rakaman video tular di media sosial menunjukkan kereta Toyota Vios serta Perodua Bezza menggunakan laluan motosikal di lokasi berkenaan pada 12 tengah hari.

Katanya, berdasarkan siasatan rakaman itu, kereta Toyota Vios berkenaan dipandu seorang lelaki tempatan, manakala pemandu kereta Perodua Bezza terbabit pula adalah wanita tempatan yang masing-masing berusia 33 tahun.

“Kedua-dua pemandu berkenaan membuat pengakuan awal memaklumkan mereka memandu menggunakan aplikasi Waze yang mengarahkan untuk masuk ke sebuah lorong kecil.

“Bagaimanapun, mereka mula menyedari kesilapan memasuki lorong motosikal selepas melihat banyak kenderaan masuk ke laluan berkenaan sebelum diberhentikan penunggang motosikal yang menunjukkan jalan keluar ke jalan utama,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Nik Ezanee berkata, kedua-dua pemandu kereta itu sudah dipanggil untuk memberi keterangan di IPD Petaling Jaya, malam tadi.

“Kes itu disiasat mengikut Seksyen 79(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM2,000 atau hukuman penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya,” katanya.

Terdahulu, dua rakaman video menunjukkan dua kenderaan terbabit melalui lorong motosikal di Lebuhraya Persekutuan menghala ke Klang berhampiran Petaling Jaya tular di media sosial sejak semalam.

Sumber : Harian Metro

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram & Juga Twitter @CherasDaily untuk info baharu dan terkini!

PERHATIAN: Pihak Cheras Daily  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir dengan bijak terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Cheras Daily juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri. 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*