Lagi Kes Lawan Arus, Kali Ini Kerana Terdesak Mahu Pulang Deepavali

Hanya kerana mahu meloloskan diri daripada sekatan jalan raya, seorang lelaki sanggup memandu melawan arus dalam kejadian di Kilometer 355.4, Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara semalam.

Tindakan melulu lelaki berusia 34 tahun yang memandu kereta jenis Perodua Axia itu telah menyebabkan kemalangan dua kenderaan lain dan mengakibatkan seorang cedera.

Dalam kejadian tersebut, suspek memandu melawan arus sejauh 1.4 kilometer dari Kilometer 354 hingga Kilometer 355.4, Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara.

Difahamkan, lelaki itu dalam perjalanan pulang ke kampungnya di Bidor untuk menyambut perayaan Deepavali pada Sabtu ini.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kemalangan membabitkan kenderaan dipandu melawan arus pada pukul 6.06 petang semalam.

Katanya, setibanya di lokasi, kemalangan didapati melibatkan tiga kenderaan termasuk Toyoya Rush dan sebuah treler muatan mesin sarung tangan telah dialihkan ke tepi jalan.

“Kemalangan itu dipercayai berlaku semasa suspek dalam perjalanan dari Klang menghala ke Bidor.

“Bagaimanapun, lelaki itu telah memandu melawan arus dari susur keluar Sungkai menghala ke selatan melalui Lebuh Raya Utara-Selaran arah utara,” katanya di sini hari ini.

Wan Azharuddin berkata, tindakan suspek yang secara tiba-tiba itu telah menyebabkan kereta dipandunya bertembung dengan kereta Toyota Rush dipandu lelaki berusia 25 tahun dan sebuah treler di lorong kiri yang tidak sempat mengelak.

Katanya, pelanggaran itu menyebabkan pemandu Toyota Rush mengalami luka-luka ringan, manakala suspek dan pemandu treler berusia 27 tahun tidak cedera.

“Tangkapan ke atas lelaki itu tidak dilakukan sejurus ditahan berikutan suspek baharu menjalani ujian saringan pengesanan Covid-19 (ujian swab) di Klang dan keputusan ujian masih belum diperoleh.

“Suspek bagaimanapun ditahan pada pukul 11 hari ini di rumahnya di Bidor untuk siasatan mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Kredit: Kosmo

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram & Juga Twitter @CherasDaily untuk info baharu dan terkini!

PERHATIAN: Pihak Cheras Daily  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir dengan bijak terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Cheras Daily juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*