Lagi Kes Pemandu M4b0k, Kali Ni Langg4r Rider, Lepastu Buat Muka Tak Bersalah. Ini Videonya

Lagi kes orang mabuk langgar motor, video ini dikongsi oleh seorang pengguna twitter, @edrienaarissa dimana terdapat sebuah kemalangan diantara sebuah kereta dengan sebuah motorsikal di lebuhraya sungai besi.

“Satu lagi kes orang mabuk langgar motor dekat highway sungai besi. Yang aku paling tak boleh brain driver orang cina ni langgar takda rasa bersalah langsung siap panggil dua orang sarung baju untuk backup dia. rider ni dah 50-50 doakan dia guys”

Dikhabarkan penunggang motorsikal tersebut adalah parah dan beliau adalah seoragn pekerja bungkusit.

Ini keadaan gambar penunggan motorsikal tersebut sejurus selepas kemalangan ngeri itu,

“chill je member santai baru lepas langgar orang, semoga dikenakan hukuman yang setimpal.”

Inilah wajah lelaki mabuk yang melanggar penunggang motorsikal tersebut.

Takde anging takde ribut, jalan pula agak lurus. Memang ketara pemandu tersebut memandu dalam keadaan mabuk, nasib baik ada video ini yang boleh dijadikan bukti.

Semoga yang baik baik aja buat penunggang motorsikal tersebut.

Akta Kesalahan Memandu Dibawah Pengaruh Alkohol

Kerajaan bersetuju untuk meminda Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) membabitkan Seksyen 41 hingga Seksyen 45 secara khusus untuk kesalahan memandu di bawah pengaruh alkohol, dadah dan melulu.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata, ketiga-tiga komponen hukuman akan dipinda termasuklah kadar denda, tempoh penjara dan tempoh penggantungan lesen memandu.

Menurutnya, perkara itu dipersetujui secara dasar oleh Jemaah Menteri pada 24 Jun lalu.

“Jabatan Peguam Negara telah menyemak draf Rang Undang-undang (RUU) Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2020 dan draf RUU ini akan dibentangkan untuk persetujuan Jemaah Menteri pada 17 Julai 2020 dan seterusnya untuk dibentangkan di Parlimen pada sesi kali ini.

“Tindakan ini dilakukan bagi menjadikan satu bentuk detoran dan pengajaran kepada orang ramai supaya mematuhi peraturan jalan raya,” katanya ketika menjawab soalan lisan Ahli Parlimen Arau (BN), Datuk Seri Dr Shahidan Kassim pada Mesyuarat Kedua, Penggal Ketiga, Parlimen ke-14 di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Ka Siong berkata, selain daripada pindaan hukuman, kerajaan juga akan meminda had kandungan alkohol yang dibenarkan supaya selaras dengan piawaian yang disyorkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Katanya, had kandungan itu daripada 35 mikrogram alkohol dalam100 mililiter nafas; 80 miligram alkohol dalam 100 mililiter darah atau 107 miligram alkohol dalam 100 mililiter air kencing kepada 22 mikrogram alkohol dalam 100 mililiter nafas; 50 miligram alkohol dalam 100 mililiter darah atau 67 miligram alkohol dalam 100 mililiter air kencing.

Mengulas mengenai cadangan mengenakan hukuman mati bagi kesalahan menyebabkan kematian akibat memandu di bawah pengaruh alkohol, Ka Siong berkata, perkara itu perlu mengikut lunas undang-undang sedia ada.

“Jika Kanun Keseksaan (Akta 574) digunakan untuk menjatuhkan hukuman mati, ia perlu dibuktikan di mahkamah bahawa pemandu mabuk tersebut mempunyai niat untuk membunuh melampaui keraguan munasabah,” katanya.

Sumber: Twitter Via Jiran Cakap

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram & Juga Twitter @CherasDaily untuk info baharu dan terkini!

PERHATIAN: Pihak Cheras Daily  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir dengan bijak terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Cheras Daily juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*