Lajunya Polis Buat Bertindak, Terus Dapat Tangkap Suspek Bun0 h Dr Wan Hassan.

Dua individu yang merompak Dr Wan Hassan Wan Embong, 71, sebelum menetaknya sehingga maut turut melakukan satu lagi rompakan di sebuah rumah di Taman Tiara Titiwangsa, di sini, hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Abd Hamid berkata, selepas menetak mangsa, suspek merompak rumah jurutera berusia 34 tahun pada jam 5.15 pagi.

Menurutnya, ketika kejadian mangsa bersama keluarganya sedang tidur sebelum suspek memecah masuk dan mengetuk pintu bilik serta mengarahkan mereka tidak melawan.

“Suspek turut mengugut akan menetak dan mencederakan mereka sebelum tangan diikat dengan kabel telefon dan mulut disumbat dengan kain.

“Suspek menyelongkar semua bilik dan membawa lari dua set televisyen, tiga komputer riba, dua telefon bimbit, rantai leher emas, gelang tangan emas dan wang tunai RM3,500,” katanya.

Nik Ros Azhan berkata, selepas kedua-dua suspek melarikan diri dengan seorang lagi rakan mereka berada di luar rumah.

“Siasatan mendapati mangsa tinggal bersama 14 orang iaitu adik-beradik dan ibu bapanya serta seorang pembantu rumah namun kamera litar tertutup (CCTV) masih belum dipasang.

“Pihak forensik Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur hadir di tempat kejadian dan menemui lapan sampel cap jari yang mana suspek disyaki masuk melalui cermin tingkap sebelah kiri,” katanya.

Beliau berkata, semakan lanjut di sekitar tempat kejadian mendapati suspek membuang dompet dan dokumen ke kawasan semak di Jalan Tiara Titiwangsa 3, dan hasil semakan terdapat dokumen pengenalan diri pesara kerajaan yang dibunuh sebelum itu.

“Disyaki mereka menggunakan dua kenderaan dan bersenjatakan parang serta tukul besi untuk melakukan jenayah.

“Siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan,” katanya.

Harian Metro hari ini melaporkan Bekas Pengarah Bahagian Teknologi Maklumat Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi), Dr Wan Hassan, 71, yang maut ditetak perompak dalam kejadian rompakan di Bukit Bandaraya, hari ini.

Dalam kejadian jam 3.30 pagi tadi, rumah dihuni mangsa dan isteri Sarifah Yusof, 70, dipecah masuk dua lelaki bersenjata parang.

Suspek yang tidak memakai topeng meminta duit menyebabkan mangsa cuba melawan sebelum ditetak di muka dan leher manakala isteri mangsa ditetak di bahu kanan.

Dapat Petunjuk Terus Berkas

Seramai 10 individu yang disyaki terbabit dalam dua kes samun termasuk rumah bekas Pengarah Bahagian Teknologi Maklumat Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi), Dr Wan Hassan Wan Embong, sudah ditahan setakat ini.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Anuar Omar berkata, kesemua suspek termasuk suspek utama itu ditahan menerusi beberapa siri serbuan oleh sepasukan polis.

“Ya, ada tangkapan, setakat semalam, 10 orang termasuk suspek utama kes ini,” katanya ringkas ketika ditanya pemberita, hari ini.

Satu sidang media oleh Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Saiful Azly Kamaruddin mengenai kes dan tangkapan itu dijangka diadakan hari ini.

Harian Metro, malam tadi, melaporkan, suspek yang menyamun dan menetak Dr Wan Hassan sudah ditahan polis selepas beberapa jam melakukan jenayah terbabit.

Mereka ditahan selepas usaha memburu suspek dijalankan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur.

Suspek yang menyamun dan menetak bekas Pengarah Bahagian Teknologi Maklumat Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi), Dr Wan Hassan Wan Embong, 71, sudah ditahan polis.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Abd Hamid ketika dihubungi mengesahkan penahanan mereka.

Menurutnya, mereka ditahan selepas usaha memburu suspek dijalankan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur.

“Alhamdulillah kita percaya kes bunuh dan samun ini dapat diselesaikan.

“Maklumat lanjut akan dimaklumkan nanti,” katanya.

Harian Metro hari ini melaporkan Wan Hassan yang maut ditetak perompak dalam kejadian rompakan di Bukit Bandaraya, di sini.

Dalam kejadian jam 3.30 pagi tadi, rumah dihuni mangsa dan isteri, Sarifah Yusof, 70, dipecah masuk dua lelaki bersenjata parang.

Suspek yang tidak memakai topeng meminta duit menyebabkan mangsa cuba melawan sebelum ditetak di muka dan leher manakala isteri mangsa ditetak di bahagian bahu kanan.

Sumber : Harian Metro

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram & Juga Twitter @CherasDaily untuk info baharu dan terkini!

PERHATIAN: Pihak Cheras Daily  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir dengan bijak terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Cheras Daily juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*