M4yat Reput Dijumpai Di Rumah Terbiar Di Gombak. Badan Terg4ntung Dan Kepal4 Dilanta1

Polis menemui mayat lelaki sudah reput di sebuah rumah terbiar dalam hutan di Kilometer 10, Jalan Gombak Tengah Tambahan di sini, hari ini.

Dalam penemuan 10.50 pagi itu, badan mayat itu ditemui tergantung manakala kepala berada di lantai.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, polis menerima maklumat daripada seorang lelaki berusia 40 tahun sebelum sepasukan anggota bersama bomba dan forensik ke lokasi.

“Hasil pemeriksaan menemui satu rangka mayat lelaki berseluar jeans warna biru dan baju belang koko dalam keadaan tidak sempurna.

“Bahagian tengkorak kepala di lantai dan badan masih tergantung dengan tali yang diikat pada kayu bumbung,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, pemeriksaan lanjut tidak menemui pengenalan diri mayat itu dan tiada sebarang unsur jenayah dikesan di lokasi.

Katanya, semakan mendapati rumah berkenaan sudah lama tidak berpenghuni dan tidak diketahui pemiliknya selain tiada rumah lain berhampiran.

“Mayat dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk tindakan lanjut,” katanya kes diklasifikasi sebagai mati mengejut sehingga laporan bedah siasat diperoleh.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian atau ada kehilangan ahli keluarga diminta menghubungi Ketua Balai Polis Gombak Asisten Superintendan Syed Azizi Jamalullail Syed Abdul Aziz di talian 012-3766220 atau 03-61895222.

Sumber : HMetro

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram & Juga Twitter @CherasDaily untuk info baharu dan terkini!

PERHATIAN: Pihak Cheras Daily  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir dengan bijak terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Cheras Daily juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*