Macam Dalam Filem, Adegan 17 MPV Kejar Kereta Pengedar Dadah. Syabas PDRM!

Seperti adegan filem aksi, apabila Polis DiRaja Malaysia menahan seorang lelaki yang disyaki pengedar dadah selepas 17 kereta peronda polis (MPV) mengejar suspek di Kilometer 58 Lebuhraya Utara Selatan arah utara, di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Mohd Padzli Mohd Zain, berkata suspek berusia 45 tahun yang memandu kereta jenis Toyota Altis itu ditahan di susur keluar Simpang Renggam, Kluang, kira-kira jam 8 malam.

Beliau berkata, sebelum kejadian anggota dari Cawangan MPV Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan sedang melakukan tugas rondaan cegah jenayah dan kawalan pergerakan COVID-19.

“Ketika membuat rondaan di Jalan Lembing, Taman Sri Tebrau kira-kira jam 7.15 malam, anggota polis melihat sebuah kereta berwarna putih berada dalam keadaan mencurigakan, sebelum mengarahkan suspek memberhentikan kenderaan.

“Namun, suspek bertindak memecut laju melarikan diri ke Jalan Kasa dan keluar ke Lebuhraya EDL dengan memandu secara berbahaya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, dalam kejadian itu anggotanya dibantu 17 MPV dari lima daerah untuk menahan suspek.

“Suspek berjaya ditahan dan pemeriksaan ke atas kereta dinaikinya menemui sejumlah dadah disyaki syabu dan pil ecstacy dianggarkan bernilai RM50,000.

“Semakan juga mendapati, kenderaan itu didaftarkan atas nama syarikat kereta sewa, selain suspek turut memiliki rekod jenayah lalu berkaitan dadah,” katanya.

Mohd Padzli berkata, suspek direman selama tujuh hari hingga 2 Februari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan Seksyen 39 (8) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Sumber : BHarian

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram & Juga Twitter @CherasDaily untuk info baharu dan terkini!

PERHATIAN: Pihak Cheras Daily  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir dengan bijak terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Cheras Daily juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*