Malaysia Tetap Kekal Untuk Larang G4nja, Walaupun Terbukti Dari Sudut Perubatan.

Persidangan Semula Sesi ke-63 Suruhanjaya Dadah Narkotik pada 2 Disember lalu membawa keputusan untuk tidak mengubah status kawalan kanabis dan bahan berkaitan kanabis dalam negara.

Persidangan Selasa lalu di Vienna bersetuju menerima usul untuk menggugurkan kanabis dan resin kanabis daripada Jadual IV Konvensyen Tunggal Mengenai Dadah Narkotik 1961 pindaan Protokol 1972 (Konvensyen 1961).

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin, berkata kanabis dan bahan-bahan berkait kanabis kekal dikawal bawah Akta Dadah Berbahaya 1952 dan tindakan undang-undang tetap akan diambil terhadap mana-mana pihak yang melanggar peruntukan undang-undang itu seperti sedia ada.

“Bagi peringkat antarabangsa, keputusan Suruhanjaya Dadah Narkotik itu untuk menggugurkan kanabis dan resin kanabis daripada Jadual IV Konvensyen 1961 juga tidak melonggarkan kawalan antarabangsa terhadap kanabis kerana ia masih kekal dikawal ketat bawah Jadual I Konvensyen 1961.

“Malaysia sebagai ahli dalam ketiga-tiga Konvensyen Dadah Antarabangsa iaitu Konvensyen 1961, Konvensyen Mengenai Bahan Psikotropik 1971 dan Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Menentang Perdagangan Haram Dadah Narkotik dan Bahan Psikotropik 1988 kekal komited untuk membanteras jenayah narkotik di peringkat domestik serta global,” katanya dalam satu kenyataan.

Akta Dadah Berbahaya 1952 yang dikuatkuasakan di negara ini hampir 70 tahun itu bertujuan mengawal selia import, eksport, pengilangan, penjualan dan penggunaan opium, dadah berbahaya dan bahan-bahan berkaitan, termasuk kanabis dan resin kanabis.

Undang-undang itu menetapkan hukuman pemenjaraan terhadap pemilikan dadah yang dijadualkan dalam akta berkenaan dan hukuman mati mandatori membabitkan kesalahan pengedaran dadah di negara ini.

Ia juga memberi penafsiran terhadap kanabis iaitu mana-mana bahagian tumbuhan genus Cannabis, yang mempunyai resin tidak kira berapa kuantitinya serta nama yang digunakan manakala, bagi resin kanabis, ia merujuk kepada resin daripada pokok genus Cannabis, sama ada dalam bentuk mentah mahupun secara tulen.

Sumber : BHarian

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram & Juga Twitter @CherasDaily untuk info baharu dan terkini!

PERHATIAN: Pihak Cheras Daily  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir dengan bijak terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Cheras Daily juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*