Masyarakat Pentingkan Diri, Itulah Punca Kes Covid – 19 Makin Meningkat. Biar Betul? Apa Kata Anda…

Gambar Hiasan

Kebimbangan terhadap peningkatan kes positif COVID-19 terus dirasai, lebih-lebih lagi kebelakangan ini angka kes baharu beberapa kali mencecah rekod tertinggi.

Tidak kira di akhbar mahupun media sosial, ia penuh dengan berita dan coretan kebimbangan terhadap peningkatan kes ini.

Sebenarnya peningkatan semula COVID-19 bukan berlaku di negara ini, malah banyak negara lain turut mengalami situasi sama. Indonesia dan Filipina turut menunjukkan peningkatan kes membabitkan empat angka.

Indonesia mencatatkan 896,642 kes sehingga minggu kedua tahun ini dan ia terus meningkat dari semasa ke semasa.

Pada 15 Januari lalu, Indonesia merekodkan 12,818 kes yang dikatakan sebagai angka harian tertinggi, namun keesokannya angka lebih tinggi direkodkan dengan mencecah 14,224 kes.

Begitu juga Filipina yang menyaksikan pola peningkatan seperti 1,524 kes pada 12 Januari, diikuti 1,453 pada keesokannya; 1,912 (14 Januari) dan 2,048 (15 Januari).

Di Asia Tenggara, rasanya Brunei sahaja mencatatkan kes terendah apabila setakat minggu kedua bulan lalu hanya mengumpul 174 kes. Negara itu mencatatkan kes harian terendah kecuali pada 3 Julai tahun lalu, iaitu 15 kes.

Peningkatan kes di negara ini sebenarnya dalam jangkaan Kementerian Kesihatan (KKM), tetapi siapa sangka angka itu muncul lebih awal.

Unjuran KKM menunjukkan negara dijangka merekod peningkatan jumlah kes COVID-19 sehingga 8,000 kes sehari pada penghujung Mei ini, jika kadar jangkitan berterusan pada julat 1.1.

Andai kita tidak mampu menurunkan R-naught ini kepada 0.5, kita akan berhadapan 8,000 kes positif sehari. R-naught digunakan ahli epidemiologi untuk menerangkan tahap keseriusan jangkitan sesuatu penyakit berjangkit.

Sekiranya R-naught kekal 1.1, KKM mengunjurkan akan berlaku jangkaan peningkatan 3,000 kes sehari pada minggu kedua bulan ini dan terus meningkat kepada 5,000 kes sehari dalam minggu kedua April ini.

Sekiranya R-naught berterusan, jumlah kes harian akan meningkat menjadi 8,000 pada minggu keempat Mei ini.

Justeru, jika kita tidak mampu menurunkan R-naught ini, bersedialah untuk melihat angka harian lebih tinggi. Hal ini berlaku sekiranya kita hanya pentingkan diri sendiri.

Harapnya langkah mengenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dapat melandaikan keluk jangkitan COVID-19 pada Mei ini.

Sebagai rakyat, kita harus kekal memberi sokongan kepada KKM dan agensi kerajaan lain. Berhenti menabur fitnah dan amalan buli siber terhadap ‘panglima perang COVID-19’ di negara ini, sebaliknya berilah semangat, kepatuhan dan gelombang positif supaya mereka dapat melawan pandemik untuk menunaikan amanah.

Masyarakat perlu sentiasa patuh kepada saranan KKM dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) supaya kita semua kekal di rumah jika bergejala, tidak bergejala atau tiada keperluan mendesak untuk keluar.

Jika terpaksa keluar sekalipun, patuhi prosedur operasi standard (SOP) dan amalkan norma baharu setiap masa.

Bagi majikan yang membenarkan kakitangan bekerja dari rumah, jangan ‘membuli’ secara dalam talian. Kedua-dua pihak perlu mencari titik terbaik supaya prestasi kerja dioptimum.

Pekerja pula jangan ambil kesempatan apabila diberi kelonggaran itu, sebaliknya urus diri dan keluarga supaya tugas pejabat dan rumah seimbang.

Jangan pula upah atau gaji kita nanti tidak berkat, akibat tidak menjalankan amanah sebaik mungkin.

Hanya duduk di rumah yang mampu kita lakukan ketika ini untuk menurunkan kadar R-naught, sekali gus menurunkan angka kes harian COVID-19.

Ayuh kita terjemahkan makna sebenar ‘kita jaga kita.’ Kita tetap ada tanggungjawab kendiri memutuskan rantaian musuh nombor satu negara ini.

Sarfarizmal Saad,
Pertubuhan Aktivis Belia Tanah Air

Sumbe : BHarian

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram & Juga Twitter @CherasDaily untuk info baharu dan terkini!

PERHATIAN: Pihak Cheras Daily  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir dengan bijak terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Cheras Daily juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*