May4t Di Jalan Bangsar Pagi Tadi Dipercayai M4ngsa Bun0h, Polis Jalankan Siasatn

Polis menutup laluan di Jalan Bangsar susulan penemuan mayat seorang lelaki dipercayai mangsa bunuh, pagi tadi.

Laluan dari arah KL Sentral ke Abdullah Hukum itu ditutup bagi membolehkan polis menjalankan siasatan di lokasi.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menerusi satu ciapan Twitter di ITIS DBKL, memaklumkan penutupan jalan berkenaan pada jam 7.20 pagi tadi.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid, mengesahkan pasukan forensik sedang menjalankan siasatan berhubung kes bunuh di lokasi terbabit.

“Siasatan masih dijalankan dan perkembangan lanjut akan dimaklumkan nanti,” katanya ketika dihubungi BH, hari ini.

Sumber : BHarian

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram & Juga Twitter @CherasDaily untuk info baharu dan terkini!

PERHATIAN: Pihak Cheras Daily  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir dengan bijak terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Cheras Daily juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*