May4t Ditemui Di Lebuh raya PLUS! TekaTeki Kehilangan Akhirnya Terjawab Apabila Rangka M4yatnya Ditemui

Berita Disiarkan 26 April 2020.

Teka – teki yang menjadi persoalan ahli keluarga nya terjawab apabila mayat seorang lelaki yang hanya tinggal rangka ditemui di dalam longkang di Kilometer 281.8 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara, berhampiran Nilai, semalam.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Nor Marzukee Besar berkata, pihaknya menerima panggilan sekitar jam 12 tengahari semalam oleh orang awam memaklumkan menemui satu mayat yang telah reput.

Katanya, siasatan awal mendapati mayat berkenaan merupakan lelaki yang berusia dalam lingkungan 20-an dan beralamat di Durian Tunggal Alor Gajah, Melaka.

“Siasatan di tempat kejadian telah menemui satu mayat disyaki lelaki yang tinggal rangka, lengkap berpakaian kemeja-T dan seluar panjang warna hitam selain mayat juga masih memakai topi keledar.

“Mayat mangsa ditemui dalam keadaan terlentang di dalam longkang yang terletak di tengah-tengah lebuhraya PLUS utara-selatan yang berkeluasan lebar lebih kurang 2 kaki dan kedalaman 2 kaki setengah,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut jelasnya, tiada kenderaan ditemui berhampiran dengan tempat kejadian yang boleh dikaitkan dengan mangsa dan hasil siasatan pasukan forensik di tempat kejadian tidak menemui sebarang senjata.

“Pemeriksaan dibuat ke atas beg pinggang yang dipakai oleh mangsa telah menemui satu kad pengenalan dan lesen memandu serta wang tunai lebih kurang RM150 dipercayai milik mangsa.

“Keluarga mangsa juga telah dihubungi dan mengatakan kali terakhir mereka melihat mangsa pada 23 Mac lalu ketika keluar dari rumah menaiki motosikal berjumpa kawan di Kuala Lumpur,” tambahnya.

Tambah Mohamad Nor Marzukee, mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) untuk di bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Sumber : Astro Awani

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram & Juga Twitter @CherasDaily untuk info baharu dan terkini!

PERHATIAN: Pihak Cheras Daily  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir dengan bijak terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Cheras Daily juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*