MB Selangor Terkejut Dengan Keputusan Kerajaan Laksana PKPB Di Seluruh KL, Selangor & Putrajaya, Keputusan Awal Lain

Kerajaan negeri Selangor berkata pihaknya terkejut dengan keputusan untuk mengenakan semula Perintah Kawalan Pergerakan Bersayarat (PKPB) di negeri itu.

Menurut Menteri Besar Amirudin Shari, hanya beberapa daerah di Lembah Klang yang mencatatkan jumlah kes Covid-19 yang membimbangkan.

“Berikutan peningkatan mendadak kes jangkitan Covid-19 yang membimbangkan, saya baru sahaja selesai mempengerusikan Mesyuarat Majlis Keselamatan Negeri (MKN) Selangor bersama dengan Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS), polis, angkatan tentera (ATM) dan lain-lain agensi untuk pelaksanaan Pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di daerah Petaling.

“Pengumuman PKPB di seluruh Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya oleh Menteri Kanan Pertahanan sebentar tadi agak mengejutkan kerajaan negeri kerana keputusan mesyuarat tadi menunjukkan hanya Klang, Gombak, Hulu Langat dan sebahagian Petaling yang mempunyai bilangan kes yang membimbangkan.

“Perlu dinyatakan di sini bahawa sehingga hari ini, secara konsensus kerajaan negeri melihat ada beberapa cadangan-cadangan tertentu yang boleh dikemukakan kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk dipertimbangkan.

“Kerajaan negeri berpandangan bahawa beberapa kawasan yang masih dikategorikan zon hijau dan kuning seperti Sabak Bernam dan Kuala Selangor adalah masih terkawal,” katanya pada satu kenyataan hari ini.

Sebelum itu, sidang khas MKN hari ini memutuskan PKPB dikenakan semula ke atas Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya mulai 14 Oktober sehingga 27 Oktober ini.

Menurut Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Ismail Sabri Yaakub, PKPB itu terpaksa dilaksanakan susulan nasihat KKM dan mengambil kira peningkatan dan penularan kes, seperti di Klang di Petaling dan Gombak serta daerah-daerah lain.

“Bagi menyekat penularan wabak ini dari terus merebak, sidang khas MKN hari ini bersetuju untuk melaksanakan PKPB di Selangor, WP Kuala Lumpur dan Putrajaya berkuatkuasa jam 12.01 tengah malam,14 Oktober hingga 27 Oktober 2020,” katanya.

Antara aktiviti-aktiviti yang dilarang adalah, pergerakan keluar masuk atau merentas daerah adalah tidak dibenarkan.

Bagaimanapun, kata Ismail Sabri yang jugg menteri pertahanan, bagi pekerja yang perlu merentas daerah, mereka perlu menunjukkan pas kerja atau surat kebenaran daripada majikan.

Selain itu, katanya, hanya dua orang sahaja dari sebuah rumah dibenarkan keluar untuk membeli barangan keperluan manakala semua sekolah, institusi pengajian tinggi, institut latihan kemahiran, tadika, taska, pusat tahfiz, taman-taman awam dan pusat rekreasi adalah ditutup.

Dalam perkembangan berkaitan, Amirudin berkata kerajaan negeri berharap semua pihak bersedia dengan perubahan ini agar sama-sama berjaya mengawal penularan wabak Covid-19.

“Kerajaan negeri juga sangat menghargai komunikasi krisis yang lebih efektif dan konklusif melibatkan semua pihak agar sebarang ketetapan yang diambil tidak menghasilkan sebarang bentuk ketidaktentuan pelaksanaan yang akan memberi impak kepada petugas barisan hadapan, rakyat lebih-lebih lagi pengusaha industri kecil dan sederhana,” katanya lagi.

Sumber – Malaysiakini

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram & Juga Twitter @CherasDaily untuk info baharu dan terkini!

PERHATIAN: Pihak Cheras Daily  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir dengan bijak terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Cheras Daily juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*