Melonjak! Kes Baharu Merekodkan Kadar Yang Tinggi Sebanyak 62 kes Hari Ini.

62 kes baharu jangkitan Covid-19 dilaporkan kepada Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC), merekodkan 9,459 kes positif keseluruhan jangkitan wabak itu dalam negara, setakat 12 tengah hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada 62 kes baharu yang dilaporkan, 56 kes adalah kes tempatan, manakala baki enam kes adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara.

Beliau berkata, 56 kes kes penularan di dalam negara membabitkan 30 warga Malaysia dan 26 bukan warganegara.

“Sebahagian besar membabitkan Kluster Benteng di Sabah dengan 50 kes. Satu lagi kluster baharu di Kedah, iaitu Kluster Sungai.

“Enam kes import yang dilaporkan (hari ini) dari Turki (2 kes di Kuala Lumpur), Bangladesh (1 kes di Kuala Lumpur, 1 kes di Selangor), Indonesia (1 kes di Kuala Lumpur); dan Mesir (1 kes di Selangor),” katanya dalam kenyataan media perkembangan Covid-19, hari ini.

Perincian bagi kes penularan tempatan adalah seperti berikut:

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham berkata, kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah sebanyak 207 kes dan mereka sudah diasingkan serta diberi rawatan di hospital.

Katanya, ada enam kes positif Covid-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan empat daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

“Terdapat sembilan kes pulih dilaporkan menjadikan jumlah kumulatif kes pulih meningkat kepada 9,124 kes.

“Tiada pertambahan kes kematian dilaporkan hari ini, justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia kekal 128 kes, 1.35 peratus daripada jumlah keseluruhan kes,” katanya.

Sumber : Harian Metro / Twitter

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram & Juga Twitter @CherasDaily untuk info baharu dan terkini!

PERHATIAN: Pihak Cheras Daily  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir dengan bijak terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Cheras Daily juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri. 

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*