Menteri Pertahanan Sahkan PKPB Di Beberapa Tempat Akan Ditamatkan, Ini Penjelasan Beliau…

Ismail Sabri Yaakob Menteri Pertahanan,  berkata PKPB (Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat) di beberapa negeri yang mencatatkan kes Covld-19 rendah mungkin akan ditamatkan.

Katanya, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan menyampaikan penilaian risiko kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) pada Jumaat ini.

PKPB telah dikenakan di hampir semua negeri kecuali Pahang, Kelantan, Perlis, dan sebahagian besar kawasan di Sarawak. Ia dijangka tamat 6 Dis.

“KKM diarah untuk buat penilaiain risiko, walaupun kita umum PKPB di seluruh negara selama satu bulan kecuali Pahang, Kelantan dan Perlis.

“Sekarang KKM sedang nilai dari jumlah kes, sedang dilihat, dan KKM akan bentang keputusan Jumaat nanti.

“Kalau tiada peningkatan kes, status dianggap hijau, maka kemungkinan beberapa negeri akan ditamat PKPB,” katanya.

Sementara itu, Ismail berkata Kementerian Sumber Manusia sedang mengkaji kaedah terbaik untuk menangani penularan Covid-19di kalangan pekerja asing di negara ini.

“Pagi ini, seorang wakil dari Kementerian Sumber Manusia menyampaikan kepada jawatankuasa teknikal mengenai hal-hal yang berkaitan dengan pekerja asing.

“Pertama, mengenai perlunya menyaring pekerja asing di negara ini, tetapi cabarannya ialah terdapat 1.7 juta pekerja asing di sini.

“Berapa lama ujian itu akan berlangsung, dan berapa banyak makmal yang kita ada? Dan adakah ujian PCR atau RTK-Antigen?

“Pertubuhan Keselqmatan Sosial (Perkeso) bersetuju untuk membayar sebahagian dari kos ujian swqb, tetapi pekerja yang tidak dilindungi oleh Perkeso harus membayar sepenuhnya. Jadi ini juga menjadi mqsalah.

“Kita mencadangkan (kepada kementerian) untuk memulakan dengan negeri-negeri yang mempunyai banyak kawasan industri seperti Selangor, Negeri Sembilan, dan Pulau Pinang,” katanya.

Beliau juga berkata, masalah lain yang perlu dikaji oleh Kementerian Sumber Manusia termasuk tempat tinggal yang padat dan adakah perlu untuk pekerja memakai gelang khas ketika keluar di tempat awam.

Sumber : Malaysiakini VIA Jirancakap

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram & Juga Twitter @CherasDaily untuk info baharu dan terkini!

PERHATIAN: Pihak Cheras Daily  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir dengan bijak terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Cheras Daily juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*