Meskipun Kes Tertinggi dicatatkan, Tiada Penutupan Sepenuhnya Dilaksanakan Buat Ekonomi.

Malaysia tidak akan melaksanakan penutupan sepenuhnya ekonomi meskipun kes jangkitan COVID-19 kekal tinggi selepas pelaksanaan semula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 2.0).

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata kerajaan sebaliknya akan memberi tumpuan kepada penguatkuasaan prosedur operasi standard (SOP) yang lebih ketat jika senario kes pandemik kekal tinggi dan program vaksinasi tidak berjalan dengan lancar.

“Berdasarkan keadaan semasa, kerajaan yakin jumlah kes akan menurun dengan pelaksanaan PKP 2.0,” katanya dalam satu temubual bersama CNBC, hari ini.

Tengku Zafrul berkata, kerajaan juga akan mengekalkan peruntukan Belanjawan 2021 yang diluluskan di Parlimen dalam usaha menangani penularan COVID-19 di Malaysia.

“Jika terdapat keperluan untuk memperkenalkan suntikan tunai baharu untuk membantu memulihkan ekonomi, ia harus dilakukan kerajaan,” katanya.

Justeru, katanya, kerajaan akan terus memantau perkembangan jangkitan COVID-19 dengan teliti sebelum sebarang tindakan susulan dilaksanakan.

“Negara kehilangan pendapatan sekitar RM700 juta sehari susulan pelaksanaan PKP 2.0. Ia (angka) jauh lebih baik berbanding kerugian RM2.4 bilion sehari akibat pelaksanaan PKP pada Mac tahun lalu.

“Kami tetap yakin ekonomi negara kekal mencatat pertumbuhan seperti mana sasaran iaitu 6.5 hingga 7.5 peratus meskipun PKP 2.0 dilaksanakan memandangkan 90 peratus sektor ekonomi masih dibuka.

“Kerajaan sudah mempelajari pengalaman lampau susulan pelaksanaan PKP pertama tahun lalu. Langkah memberi kebenaran sebahagian besar aktiviti ekonomi adalah untuk memastikan ekonomi kekal beroperasi,” katanya.

Sumber : BHarian

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram & Juga Twitter @CherasDaily untuk info baharu dan terkini!

PERHATIAN: Pihak Cheras Daily  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir dengan bijak terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Cheras Daily juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*