Sila Mohon BPN 2.0 Selewatnya 15 November Ini . Buat Semakan Disini…

Orang ramai bukan penerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN) 2020 sebelum ini dan memenuhi syarat kelayakan ditetapkan, diminta supaya memohon BPN 2.0 selewat-lewatnya 15 November ini.

LHDN dalam satu kenyataan, hari ini, memaklumkan pembayaran bagi permohonan baharu yang lulus akan dilakukan pada Januari tahun depan.

“Permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui https://bpn.hasil.gov.my/ atau penghantaran borang manual ke pejabat LHDN berdekatan.

“BPN 2.0 adalah inisiatif kerajaan bawah Kerangka Inisiatif Tambahan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (KITA PRIHATIN) bagi membantu rakyat yang terkesan dengan penularan wabak COVID-19,” katanya.

Orang ramai boleh melayari portal BPN di https://bpn.hasil.gov.my/ untuk muat turun syarat permohonan dan Soalan Lazim (FAQ) berkaitan bantuan itu.

Untuk sebarang pertanyaan atau maklum balas, hubungi Hasil Care Line melalui talian 03-89111000 atau 603-89111100 (Luar Negara); HASiL Live Chat; dan mengisi borang maklum balas di portal rasmi LHDN melalui pautan pantas https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/.

Sumber : Harian Metro

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram & Juga Twitter @CherasDaily untuk info baharu dan terkini!

PERHATIAN: Pihak Cheras Daily  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir dengan bijak terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Cheras Daily juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*