Muhyiddin Yassin Letak Jawatan PM? Ini Penjelasan Padu Hishammuddin. Sahkan Ahli Parlimen Sedang Berbincang

Bendahari Agung BN, Hishammuddin Hussein berkata ahli parlimen BN sedang membincangkan sama ada Muhyiddin Yassin wajar meletakkan jawatannya sebagai perdana menteri selepas Yang di-Pertuan Agong menolak memberi perkenan mengisytiharkan darurat.

Ditemui di Ibu Pejabat Umno di Kuala Lumpur hari ini dia berkata demikian semasa ditemui media dan ditanya sama ada Muhyiddin wajar metelak jawatan.

Anggota parlimen BN mengadakan pertemuan tertutup di situ sejak jam 1 petang tadi.

Ditanya sama ada BN masih bersama Perikatan Nasional (PN), Hishammuddin yang juga menteri luar dilantik Muhyiddin berkata hal itu yang menjadi isu diperbincangkan dalam mesyuarat tersebut.

“Itulah sebab kita bincangkan. Saya mahu dengar pandangan BN,” katanya.

Ahli parlimen Sembrong itu juga berkata dia tidak tahu sama ada Umno masih menyokong kerajaan PN.

“Saya tidak tahu kita tunggu mesyuarat Umno dulu,” katanya.

Sumber : jirancakap.com

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram & Juga Twitter @CherasDaily untuk info baharu dan terkini!

PERHATIAN: Pihak Cheras Daily  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir dengan bijak terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Cheras Daily juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*