Mukhriz Mahathir Mengesahkan Anak Dan Menantunya Antara 27 Individu Yang Ditahan Di Pub.

Datuk Seri Mukhriz Mahathir, bekas menteri besar Kedah, mengesahkan menantunya dan anak perempuanya ditahan polis dalam serbuan di sebuah pub yang melibatkan 27 individu lain lagi di Taman Tun Dr Ismail dekat Kuala Lumpur, Ahad lalu.

Mengikut Kesalahan anak dan menantunya itu, mereka dikenakan kompaun RM1,000 kerana tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Mukhriz juga mengesahkan bahawa memang anak perempuannya dan menantunya ditahan diatas kesalahan melanggar SOP PKPP itu bersama 27 individu lain. 

Beliau juga menyatakan bahawa semua yang ditahan dikompaun dan telah membayar Rm1000 atas kesalahan yang dilakukan. Mereka dikompaun mengikut undang – undang yang berkaitan dan tidak ada yang terkecuali termasuk anak dan menantunya.

Mukhriz berkata, anak dan menantunya itu memang wajar dikenakan tindakan tersebut kerana tidak mematuhi SOP ditetapkan oleh kerajaan.

“Saya sudah pesan kepada semua ahli keluarga supaya tidak melanggar SOP ketika musim PKPP ini” tambahnya lagi, beliau memang merasa kecewa kerana ada ahli keluarganya yang masih melanggar peraturan tersebut, tetapi apakan daya benda telah terjadi.

“Kita sudah beri teguran dan memang patutlah dia kena kompaun yang dikenakan Polis Diraja Malaysia (PDRM),” kata bekas menteri besar Kedah tersebut.

Katanya lagi, beliau juga mengucapkan tahniah dan banyak terima kasih kepada pihak PDRM Kuala Lumpur khususnya yang melakukan tugas dengan tegas dan mengambil tindakan secara adil dan saksama dalam pematuhan PKPP tak kira siapapun individu tersebut dan tak memilih bulu.

Terdahulu, tular dilaporkan oleh pihak media bahawa seorang anak kenamaan (VIP) ditahan berada bersama pengunjung lain di pub yang beroperasi melebihi had masa dibenarkan dalam tempoh PKPP.

Sumber : HMetro

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram & Juga Twitter @CherasDaily untuk info baharu dan terkini!

PERHATIAN: Pihak Cheras Daily  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir dengan bijak terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Cheras Daily juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri. 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*