Musim sejuk bakal tiba, kes Covid-19 dijangka meningkat – KKM

gambar hiasan

MUSIM sejuk yang melanda di luar negara tidak lama lagi dibimbangi akan meningkatkan jumlah kes Covid-19.

Justeru Kementerian Kesihatan (KKM) bersiap siaga menghadapi kemungkinan pertambahan kes Covid-19 dari luar negara dalam tempoh empat bulan akan datang apabila musim sejuk melanda negara-negara berkenaan.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata walaupun jangkitan di dalam negara masih terkawal, berdasarkan pemantauan kes Covid-19 di negara-negara seperti India, Korea Selatan, Jepun, Sepanyol dan Perancis sekarang menunjukkan peningkatan seiring penurunan suhu di semua negara itu.

“Jadi kebimbangan kita ialah apabila (tiba) musim sejuk, kes akan bertambah dan kita perlu membuat kesiapsiagaan,” katanya selepas menghadiri sambutan Hari Kebangsaan 2020 di Dataran Pahlawan Negara, di Putrajaya tadi.

Pada masa yang sama, beliau berkata virus Covid-19 didapati sudah bermutasi dengan kadar kebolehjangkitan yang tinggi.

Dr Noor Hisham berkata ,bagi memastikan penularan terkawal, KKM melaksanakan kaedah kesihatan awam yang menuntut orang ramai mematuhi prosedur operasi standard, sementara KKM pula bersiap siaga dari segi penyediaan kemudahan.

Katanya, kaedah itu juga membantu Malaysia mengenal pasti kluster dengan cepat.

“Bagaimanapun kita masih lagi perlu kerjasama semua rakyat untuk sama-sama memutuskan rantaian jangkitan Covid-19 di negara ini,” katanya.

Sumber : Harian Metro

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram & Juga Twitter @CherasDaily untuk info baharu dan terkini!

PERHATIAN: Pihak Cheras Daily  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir dengan bijak terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Cheras Daily juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri. 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*