Neelofa Dan PU Riz Putus? Gambar Dipadam? Keluarga Unfollow? Ini Status Terkini Hubungan Dua Pasangan Hangat Tersebut

Awal November lalu nama pasangan pengacara sensasi NeeI0fa dan PU Riz mencuri perhatian ramai apabila mengumumkan mereka bakal berkahwin.

Namun ramai mula bertanyakan status terkini hubungan mereka apabila perkongsian Instagram oleh kakak NeeI0fa seolah-olah cuba memberitahu sesuatu.

Tiada angin, tiada ribut, nama pengacara dan usahawan NeeI0fa dan kekasih hatinya, Haris Ismail trending nombor satu dalam Twitter sejak sejam lalu.

Lebih mencetuskan spekulasi apabila terdapat segelintir warga maya yang membuat andaian hubungan pasangan tersebut kini berantakan.

Desas-desus itu mula tercetus selepas beberapa pengguna media sosial mula memuat naik beberapa foto tangkap layar InstaStory adik-beradik NeeI0fa dalam ciapan mereka.

Status ditulis adik Neelofa seperti menyind1r seseorang

Berdasarkan tinjauan Kosmo! Online, Noor Nabila yang juga kakak kepada NeeI0fa turut memuat naik beberapa foto yang tertulis kata-kata seperti menyind1r seseorang.

” Warna sebenar seseoramg akan terbongkar secara perlahan-lahan.

” Anda mungkin akan diperbodohkan buat sementara tetapi perlu bersabar untuk melihat apa yang akan terjadi nanti,” ujar bekas isteri Sharnaaz Ahmad itu.

Kata-kata yang sama turut dimuat naik oleh dua orang lagi adik NeeI0fa iaitu Atisha Khan dan Ameera Khan dalam Instagram mereka.

Padam gambar merisik

Lebih menguatkan spekulasi tersebut, kesemua mereka juga tidak lagi mengikuti bekas peserta Pencetus Ummah itu dan turut memadam foto majlis merisik NeeI0fa yang diadakan pada 1 November lalu.

Rata-rata netizen membuat andaian bahawea hubungan pemilik nama penuh Noor NeeI0fa Mohd Noor, 31, dan Haris akan berakhir tidak lama lagi dan majlis perkahwinan yang dijangka berlaku sekitar bulan Mac tahun depan seperti tidak kesampaian

” Risau pula dengan khabar angin NeeI0fa dan Haris. Kalau benar putus, mesti ramai kecewa,” ujar seorang netizen.

” Dengarnya keluarga NeeI0fa tak suka dengan Haris, betul ke?,” soal seorang lagi pengguna Twitter.

Terdahulu, pada 1 November lalu, bekas pengacara MeleTOP itu dilaporkan sudah dirisik oleh keluarga Haris dalam sebuah majlis sederhana yang berlangsung di kediaman keluarga NeeI0fa.

Bahkan, pasangan itu juga dikatakan bakal mendirikan rumah tangga pada Mac tahun depan.

Sehingga hari ini, masih tiada sebarang pengesahan daripada kedua-dua pihak mengenai majlis perkahwinan yang bakal diadakan itu.

Sementara itu menerusi semakan di Instagram NeeI0fa, belum ada apa-apa perkongsian dari empunya diri berkenaan status hubungannya dengan PU Riz.

Pun begitu ramai mendoakan hubungan NeeI0fa dan PU Riz kekal utuh dan dipanjangkan jodoh hingga ke jinjang pelamin.

Baru-baru ini, akaun Instagram peminat pasangan tersebut @neelofaharrisofficial ada memuat naik satu posting dan menerima komen daripada seorang pengguna bernama @pidzyy.

Individu tersebut seakan-akan memberi ‘bayangan’ dan mendakwa bahawa hubungan pasangan berkenaan sedang ‘bergelora’ akibat campur tangan ahli keluarga serta sahabat.

Beri masa untuk mereka selesaikan

Diboikot dan saling ‘unfollow’ satu keluarga?

Menurut individu itu, ahli keluarga dan sahabat handai tidak perlu sibuk dalam urusan hubungan seseorang tetapi berikan masa untuk mereka menyelesaikan masalah sendiri.

“Tolonglah jangan main unfollow2,” tulis individu terbabit.
Adakah komen tersebut merujuk kepada ahli keluarga Neelofa dan PU Riz? Mari kita periksa!

Setelah memeriksa akaun Instagram keluarga Neelofa seperti ibu, kakak serta adik-adiknya, ternyata mereka tiada mengikuti Instagram PU Riz.

“Saat yang ditunggu sudah pun tiba…” – Ibu bersyukur Neelofa sudah disunting

Sebelum ini Ibu kepada selebriti dan usahawan Neelofa, Datin Noor Kartini Noor Mohamed menzahirkan rasa syukur atas ketentuan Allah berikutan anak kesayangannya sudah bertemu lelaki pilihan hati.

Dalam laman Instagram peribadinya, Noor Kartini berkongsi catatan yang menyentuh hati mengenai bagaimana bersykurnya beliau kerana aturan Allah pada kehidupan Neelofa sungguh indah sekali.

Katanya, hari ini juga merupakan, hari yang bermakna bagi seluruh keluarganya dan paling ditunggu-tunggu.

“Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim.. syukurku padamu Ya Rabb.. saat yang ku tunggu-tunggu sudah pun tiba, kau hadirkan insan istimewa yang bakal membimbing bidadari kesayanganku.“Aku yakin dengan ketentuanmu, yang mana insan ini dapat membahagiakannya, dapat menyerikan dan melengkapi hidupnya yang akan menyokong setiap apa saja urusan nya.

“Ya Allah, jadilah mereka penyebab kami menjadi tetamu istimewamu disyurgaMu nanti.. Amin,” kata Noor Kartini menitipkan doa buat Neelofa.
Catatan Noor Kartini itu juga bagaikan memberi bayangan bahawa Neelofa yang kini memilih untuk berpurdah sudah dirisik oleh PU Riz pada Ahad.

Neelofa Mohd Noor, 31, dan PU Riz atau Muhammad Haris Mohd Ismail, 25, difahamkan bakal disatukan menjelang Mac tahun depan.

Sumber yang turut menghadiri majlis merisik itu memaklumkan, keluarga kedua-dua pihak juga menyerahkan kepada Neelofa dan PU Riz untuk menentukan perancangan perkahwinan mereka termasuk jumlah hantaran.

Dalam masa sama, sebagai ibu turut mendoakan yang terbaik buat anaknya itu.

“Neelofa ku sayang, jantung hatiku, intan permataku,setiap detik dan setiap saat mama mendoakan yang terbaik untukmu sayang .. Mama love you very much,” tambahnya lagi.

Kredit: Trendingsangat

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram & Juga Twitter @CherasDaily untuk info baharu dan terkini!

PERHATIAN: Pihak Cheras Daily  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir dengan bijak terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Cheras Daily juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*