Neymar Positif Cov1d-19 Setelah Pulang Bercuti Bersama Rakan!

Pemain Bola Sepak Terkenal, Neymar positif ujian COVID-19 selepas percutian akhir musim di Ibiza. Paris Saint-Germain (PSG) mengesahkan tiga pemain dijangkiti virus itu.

Walaupun Juara liga 1 dan finalis Liga Juara-Juara itu tidak menamakan pemain terbabit, namun Angel Di Maria, 32, dan Leandro Paredes, 26, dipercayai dua lagi pemain yang dikesan positif, seperti dilaporkan L’Equipe.

Selepas tewas di final Liga Juara-Juara menentang Bayern Munich pada 23 Ogos lalu, mereka bertiga baru-baru ini menghabiskan masa bercuti di pulau Ibiza, Sepanyol.

“Tiga pemain PSG disahkan positif selepas ujian Sars CoV2 dan sudah menjalani protokol kesihatan yang sesuai, ” kata kelab itu di media sosial.

“Semua pemain dan kakitangan akan terus diuji dalam beberapa hari akan datang.”- AGENSI

Sumber : Berita Harian

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram & Juga Twitter @CherasDaily untuk info baharu dan terkini!

PERHATIAN: Pihak Cheras Daily  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir dengan bijak terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Cheras Daily juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri. 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*