Oldtown White Coffee Mahu Ambil Tindakan Terhadap Individu Yang Menyebarkan Tuduhan Palsu

Pihak pengurusan Oldtown White Coffee sedang berbincang dengan pihak guaman dan akan mengambil tindakan undang-undang sepenuhnya terhadap individu yang didapati membuat penularan video tuduhan palsu ke atas syarikat itu.

Pengendali rangkaian restoran itu dalam kenyataan yang dikeluarkan pengurusannya menafikan semua khabar angin dan dakwaan bahawa produknya mengandungi babi.

Tegasnya, dakwaan dalam video yang sedang disebarkan di pelbagai

saluran media sosial adalah tidak benar.

“Kami juga ingin menekankan bahawa semua cawangan Oldtown White Coffee di Malaysia memegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) sejak 2010.

“Pensijilan halal serta peraturan yang ditetapkan bukanlah sesuatu yang dipandang ringan. Kami memastikan bahawa ramuan yang digunakan dalam makanan dan minuman langsung tidak mengandungi

sebarang kandungan babi atau bahan tidak halal,” katanya.

Kenyataan itu menambah, wakil Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) juga sudah mengunjungi cawangan berkenaan untuk menjalankan siasatan lanjut dan mengesahkan bahawa dakwaan terbabit adalah tidak benar.

“Kami menggesa dan memohon bantuan netizen supaya hentikan penyebaran sebarang maklumat palsu,” katanya.

Sumber : BHarian

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram & Juga Twitter @CherasDaily untuk info baharu dan terkini!

PERHATIAN: Pihak Cheras Daily  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir dengan bijak terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Cheras Daily juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*