PDRM siasat Azwan Ali Kerana Perlekeh Proklamasi Darurat. Jangan Perlekeh Titah Agong.

Viral di media sosial video berdurasi 41 saat memaparkan pengacara sensasi, Azwan Ali dipercayai memperlekeh proklamasi darurat yang diisytiharkan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Berikutan itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan pihaknya kini sedang menjalankan siasatan lanjut selepas menerima laporan mengenai klip video tersebut. Klip video tersebut dipercayai ditularkan pemilik akaun Facebook Zai Mikail pada 12 Januari lalu.

Memetik laporan Harian Metro, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata, pengacara tersebut akan dipanggil ke Pejabat USJT Bukit Aman bagi membantu siasatan.

Siasatan dijalankan Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bahagian D5 JSJ Bukit Aman mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Tambahnya lagi, pihaknya juga akan melakukan siasatan untuk mengenal pasti pemilik akaun Facebook yang menularkan klip tersebut.

Tindakan tegas tanpa kompromi akan diambil terhadap individu yang sengaja mengancam keselamatan dan ketenteraman awam.

Beliau menyeru orang ramai supaya menjadi pengguna media sosial yang bijak serta tidak menggunakan platform tersebut sewenangnya sehingga boleh mendatangkan kegentaran awam dan mengganggu keharmonian negara.

Sumber : Harian Metro via OhMedia

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram & Juga Twitter @CherasDaily untuk info baharu dan terkini!

PERHATIAN: Pihak Cheras Daily  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir dengan bijak terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Cheras Daily juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*