Pegawai Dan Anggota Polis Ditahan SPRM Atas Kes Meminta Dan Menerima Rasuah Di Kedah.

Seorang pegawai dan dua anggota Polis Diraja Malaysia direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes meminta dan menerima rasuah.

Perintah reman itu dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar Mahkamah Alor Setar Noor Liyana Abd Rahim selepas mendapat permohonan daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Ketiga-tiga mereka berusia 33 tahun itu ditahan antara 1.05 pagi hingga 1.10 pagi hari ini di Pejabat SPRM Kedah ketika memberi keterangan berhubung siasatan kes terbabit.

Pada 16 Julai lalu, seorang pegawai berpangkat Inspektor dan dua Koperal yang bertugas di Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar melakukan pemeriksaan di sebuah rumah disyaki didiami pengedar dadah.

Bagaimanapun, tiada dadah ditemui di rumah terbabit menyebabkan mereka didakwa meminta wang RM8,000 sebagai dorongan tiada tindakan lanjut diambil terhadap individu berkenaan.
Mereka juga didakwa meminta wang perlindungan sebanyak RM6,000 secara bulanan terhadap individu terbabit bagi memastikan tiada tindakan diambil ke atasnya pada masa hadapan.

Difahamkan, sejumlah RM3,800 sudah diserahkan kepada mereka dan sejumlah RM4,000 sepatutnya diserahkan kepada tiga suspek suspek semalam sebelum mereka ditahan anggota SPRM.

Sementara itu, Pengarah SPRM Kedah Datuk Shaharom Nizam Abd Manap ketika dihubungi mengesahkan tangkapan ke atas tiga penjawat awam terbabit dan mereka disiasat mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009.

Sumber : Harian Metro

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram & Juga Twitter @CherasDaily untuk info baharu dan terkini!

PERHATIAN: Pihak Cheras Daily  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir dengan bijak terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Cheras Daily juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri. 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*