Pegawai Kanan, Ditaja Melancong Ke Luar Negara Oleh Sindiket Macau Scam

Polis sedang menjalankan siasatan berhubung dakwaan mengenai pegawai kanan yang dikatakan melancong ke luar negara ditaja oleh sindiket jenayah termasuk Macau Scam.

Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman Datuk Zamri Yahya berkata, siasatan akan dilakukan bagi mendapatkan bukti sekiranya pihak terbabit ada membuat lawatan ke luar negara seperti diperkatakan.

“Pada masa sama, siasatan juga akan menjurus kepada siapa pihak yang menaja lawatan mereka ke luar negara itu.

“Jika mereka pergi dengan perbelanjaan sendiri, maka perlu berikan bukti-bukti berkaitan. Jika ditaja oleh sindiket, maka ia adalah satu kesalahan dan akan dikenakan tindakan tatatertib,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas dakwaan gambar pegawai kanan polis melancong yang dikatakan ditaja oleh sindiket Macau Scam yang tular di media sosial, baru-baru ini.

Terdahulu, Harian Metro melaporkan dua anggota polis yang ditahan mengikut Akta Pencegahan Jenayah (POCA) 1959 kerana dipercayai membantu melindungi kegiatan ‘cuci duit’ oleh sindiket Macau Scam dan judi dalam talian berpangkalan di China, akan dikenakan perintah tahan kerja.

Untuk rekod, suspek utama kes penggubahan wang haram berkenaan Addy Kanna serta dua anggota polis terbabit kini ditahan mengikut POCA bagi membantu siasatan.

Seorang lagi suspek utama yang sebelum ini menjadi buruan polis selepas meloloskan diri, Goh Leong Yeong @ Alvin ditahan di sebuah pusat peranginan di Pahang, awal pagi kelmarin.

Sumber : Harian Metro

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram & Juga Twitter @CherasDaily untuk info baharu dan terkini!

PERHATIAN: Pihak Cheras Daily  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir dengan bijak terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Cheras Daily juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*