Pegawai Kanan SPRM Diugut Dengan Nota Yang Disertakan Peluru Hidup

(SPRM), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia memandang serius terhadap perbuatan individu yang cuba mengugut seorang pegawai kananya dengan meletakkan peluru hidup serta satu nota amaran berbaur ugutan di dalam peti surat rumahnya, semalam.

Satu laporan polis telah dibuat berhubung kejadian itu dan SPRM menggesa pihak polis untuk menyiasat kes tersebut serta mengenal pasti individu yang berbuat demikian supaya tindakan
sewajarnya boleh diambil mengikut lunas undang-undang.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki percaya perbuatan itu adalah berikutan beberapa kes berprofil tinggi yang disiasat oleh SPRM sejak kebelakangan ini.

Beliau ingin menegaskan bahawa warga SPRM tidak akan sama sekali gentar dan tunduk kepada ugutan sedemikian dan akan terus melaksanakan tugas yang diamanahkan tanpa rasa takut.

Sumber : MalaysiaGazette

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram & Juga Twitter @CherasDaily untuk info baharu dan terkini!

PERHATIAN: Pihak Cheras Daily  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir dengan bijak terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Cheras Daily juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*