Pegawai Polis Yang Melindungi Salah Laku Anggota Akan Diambil Tindakan, Tak Akan Beri Muka – KP Johor

JOHOR BAHRU: Pegawai atasan polis di negeri ini diberi amaran supaya tidak melindungi salah laku anggota bawahan sehingga menjejaskan integriti pasukan.

Tampil dengan amaran itu, Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay, berkata beliau mendapat maklumat daripada Jabatan Integriti Pematuhan Standard (JIPS), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor yang membongkar perkara itu.

Sejak beberapa bulan kebelakangan ini, pemeriksaan JIPS telah membongkar banyak kes salah laku di peringkat polis daerah, katanya.

“Ketua Polis Daerah jangan sesekali menyalahgunakan konsep dengan melindungi salah laku itu, saya pasti akan dapat mengesan dan ambil tindakan tegas terhadap semua pihak.

“Ketua Polis Daerah jangan ambil tindakan dwi standard, yang rapat dan jaga kepentingan beliau dilindungi, yang tidak, diambil tindakan. …ketua jenis ini hanya masa yang akan menentukan tindakan, tunggu dan lihat.

“Pegawai dan anggota yang terbabit dengan salah laku, tiada lagi amaran. Seperti saya jelaskan sebelum ini, pilihan pertama kertas siasatan akan dibuka, kedua kes diserah kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan ketiga siasatan oleh JIPS,” katanya berucap pada Perhimpunan Bulanan Polis Kontinjen Johor di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, di sini, hari ini.

Ayob Khan berkata, walaupun di peringkat JIPS, pihaknya akan memberi keutamaan terhadap tindakan membuang kerja atau diturunkan pangkat.

Ayob Khan berkata, sejak beliau ditugaskan di Johor pada 24 Februari lalu, sebanyak 21 pertuduhan di mahkamah membabitkan pegawai dan anggotanya telah dilakukan.

“Lima daripadanya membabitkan kes dadah, enam kes jenayah, tujuh kes Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), satu kes salah laku dan dua kesalahan trafik. Semua kes ini membabitkan tangkapan bekas pegawai anggota IPK Johor,” katanya.

Dalam pada itu, katanya, tindakan tegas juga akan dilaksanakan terhadap pegawai atau anggota yang tidak melaksanakan tugas mahupun tanggungjawab mengikut prosedur operasi standard (SOP) serta arahan khususnya membabitkan penugasan di sekatan jalan raya (SJR).

“Tiada lagi nasihat atau amaran terhadap pelanggaran SOP, sebaliknya tindakan undang-undang akan diambil.

“Ini kerana, sebarang kelalaian boleh menyebabkan pembolosan masuk dan keluar pendatang asing tanpa izin (PATI) yang mungkin membawa COVID-19,” katanya.

Sumber : Bharian

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram & Juga Twitter @CherasDaily untuk info baharu dan terkini!

PERHATIAN: Pihak Cheras Daily  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir dengan bijak terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Cheras Daily juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*