Pekerja Bangladesh Punca Kluster Genting. “Pesan kat kwn sdra mara jangan duk naik G.Highlands”

Kluster Genting yang dikenal pasti baru-baru ini tercetus apabila kes indeks, iaitu seorang warga asing dari Bangladesh merentas negeri ke Genting Highlands, Pahang untuk melawat rakan-rakannya, seterusnya menjangkiti mereka.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan kes indeks merentas dari Selangor ke Genting Highlands, Pahang.

“Kluster Genting dikenal pasti iaitu kes indeks seorang warga asing Bangladesh merentas sempadan negeri dari Selangor ke Genting Highland, melawat dan menjangkiti rakan-rakan.

“PKPD (Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan) dikuatkuasakan di Amber Court, Ria Apartment dan Rumah Kongsi Kg Semaut,” katanya menerusi Twitter rasminya hari ini.

Pada 4 Disember lalu, Dr Noor Hisham memaklumkan kluster itu dilaporkan dikesan di Kuala Lumpur dan Pahang yang membabitkan daerah Titiwangsa dan juga Bentong apabila kes indeks (kes ke-66,878) dilapor positif pada 1 Disember hasil saringan tempat kerja.

Susulan itu, pada 9 Disember, kerajaan bersetuju melaksanakan PKPD di ketiga-tiga kawasan membabitkan Apartmen Amber Court, Apartmen Ria dan Rumah Kongsi Kampung Semaut di Bentong, Pahang mulai 10 hingga 23 Disember ini.

“Pesan kat kawan sedara mara jangan duk naik genting”

Gambar2 berikut adalah perkongsian dari nitizen di whatsapp

Sumber : HMetro

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram & Juga Twitter @CherasDaily untuk info baharu dan terkini!

PERHATIAN: Pihak Cheras Daily  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir dengan bijak terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Cheras Daily juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*