Pemandu Kenderaan Yang Merempuh Gerai Daging Sehingga Menyebabkan Kem4tian Disahkan Positif Dadah

Pasir Mas: Lelaki yang merempuh gerai menjual daging di Jalan Pasir Mas-Meranti, Kampung Pohon Buloh, di sini, hari ini, mengakibatkan seorang wanita maut manakala peniaga cedera parah disahkan positif dadah

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohamad Roy Suhaimi Sarif berkata, suspek yang berusia 29 tahun itu didapati positif dadah jenis methamphemine melalui ujian saringan air kencing.

Katanya, suspek yang berasal daripada Kampung Chenerong, Teluk Jering di Tumpat, memandu dalam pengaruh dadah menyebabkan kereta yang dipandu hilang kawalan dan merempuh gerai selain mengakibatkan kematian Noriza Zakaria, 28.

“Suspek yang memandu Perodua Alza ditahan polis untuk tindakan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 44 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

“Akibat rempuhan terbabit juga, peniaga warga emas parah dan kini dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian.

“Polis akan mengambil tindakan sewajarnya ke atas suspek yang bukan saja penagih dadah malahan memandu dalam keadaan merbahaya sehingga membawa maut kepada orang awam,” katanya

Mohamad Roy berkata, suspek yang mengalami kecederaan di lengan dan kaki turut mendapat rawatan pesakit luar di Klinik Kesihatan Pasir Mas.

“Hasil siasatan awal mendapati kemalangan berpunca daripada suspek yang hilang kawalan lalu merempuh kedai dan pelanggan yang berada di bahu jalan sebelah kanan.

“Tindakan suspek dianggap sebagai suatu kesalahan besar dengan memandu dalam pengaruh dadah, bukan saja menyalahi undang-undang malahan membahayakan pemandu lain serta meragut nyawa orang awam.

“Saya berharap kejadian sebegini dapat dijadikan iktibar selain tindakan keras akan diambil kepada individu yang melakukan kesalahan ini,” katanya

Sumber : Harian Metro

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram & Juga Twitter @CherasDaily untuk info baharu dan terkini!

PERHATIAN: Pihak Cheras Daily  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir dengan bijak terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Cheras Daily juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri. 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*