Pemilik Nasi Lemak Janda “Lain Janda Lain Rasa…” Tampil Beri Penjelasan Beserta Hadis

Kehilangan sumber pendapatan dan pekerjaan semasa pandemik Covid-19 sudah menjadi sebahagian daripada normal baru namun memberi pengalaman ngeri kepada individu terkena tempiasnya.

Berdasarkan undian atas talian yang dijalankan Pusat Penyelidikan Poll UCSI pada 20 hingga 30 Julai lalu mendapati sebanyak 48 peratus daripada 858 responden bersetuju bahawa kehilangan pekerjaan adalah peluang untuk mereka bekerja sendiri.

Pelbagai inisiatif di lakukan oleh anak muda demi untuk meneruskan kelansungan hidup. Ada antara  mereka yang membuka gerai menjual makanan, tapi lain pula nama yang di pilih oleh pemilik gerai yang sedang tular ini

Baru baru ini tular di media sosial tentang sebuah gerai Nasi Lemak. Yang uniknya adalah nama gerai tersebut dan tagline gerai itu.

Nasi Lemak Janda – Lain Janda Lain Rasa

Menarik bukan nama gerai ini, admin pun tertarik. Sudah semestinya nama Janda ini pasti akan buat ramai lelaki tertanya tanya, janda mana ni?

Pemilik gerai Nasi Lemak Janda yang bernama Fara Ain memberitahu dia terima banyak kecaman kerana nama dan tagline untuk gerai nasi lemak beliau.

Beliau tampil muat naik  status tentang kecaman yang dia terima.

“Kalau nak bagi komen yang buruk² sis okey je…Kalau hati tu hitam Kotor.. semua tu selalunya berfikiran pun Kotor je jadinya… Cuba niat tu baik Dan prasangka baik,jadinya baik la kan… Tq atas Viral² ini semua… Semoga Tuhan memaafkan kepada orang² yang prasangka buruk tu… Saya maaf kan. Terima kasih”

Beliau juga ada menyelitkan sepotong ayat dari dalam hadith tentang janda haruslah dibantu.

Fara Ain juga tidak ambil peduli dengan k3caman oleh netizan, sebaliknya mengambil perkara tersebut sebagai pemangkin semaangat untuk beliau lebih berjaya

“Ada yang boleh Terima Dan Ada yang Tak Boleh Terima.. Meh sini sis nak share…Tak apa… Sis okey je.. Apa² pun Terima kasih atas Nasihat you All… Moga Murah Rezeki buat Kalian semua.. Amin”

Melihat pelbagai juadah yang menyelerakan, sudah pasti ramai yang datang mahu mencuba selain harga nasi juga sabgat berpatutan

Berikut senarai menu, lokasi dan masa gerai tersebut buka

Tengok menu pun membangkitkan selera bukan, apa tunggu lagi, jom serbu gerai Nasi Lemak Janda

Dalam perkembangan semasa, Prestasi ekonomi Malaysia dijangka meningkat secara beransur-ansur selepas Jun 2020 dan mencatat pemulihan positif pada tahun 2021, disokong oleh langkah fiskal, monetari dan kewangan yang cukup besar dan kemajuan dalam projek infrastruktur awam yang berkaitan dengan pengangkutan.

Marilah kita berdoa agar negara kita keluar daripada krisis ekonomi dan wabak pendamik covid-19 ini.

Sumber : Facebook Fara Ain Via Trending sangat

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram & Juga Twitter @CherasDaily untuk info baharu dan terkini!

PERHATIAN: Pihak Cheras Daily  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir dengan bijak terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Cheras Daily juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*