Perbicaraan Najib Atas Kes Rasuah, dan Pengubahan Wang Haram 1MDB Ditangguh Kerana PKPB

Perbicaraan kes rasuah dan pengubahan wang haram dana RM2.3 bilion milik syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dihadapi Datuk Seri Najib Razak yang dijadualkan bersambung hari ini, ditangguhkan ke November depan.

Perbicaraan kes berprofil tinggi itu ditunda berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang bermula pada 13 Oktober lalu sehingga 27 Oktober ini.

Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Akram Gharib ketika dihubungi hari ini, berkata tarikh baharu yang ditetapkan untuk sambungan perbicaraan adalah pada 9 hingga 12 November ini.

Perbicaraan akan bersambung pada tarikh berkenaan dengan mendengar keterangan daripada saksi pendakwaan ke-10, iaitu bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Mohd Hazem Abd Rahman.

Prosiding sama pada 5 Oktober lalu turut ditangguhkan kerana bekas Perdana Menteri menjalani kuarantin kendiri selepas pulang daripada kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) di Sabah.

Pada 13 Oktober lalu, Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan memaklumkan bahawa Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat mengarahkan semua kes di mahkamah tertentu ditangguhkan berkuat kuasa 14 hingga 27 Oktober ini.

Arahan itu membabitkan kes di Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan, mahkamah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Selangor dan Mahkamah Rendah Wilayah Persekutuan Putrajaya.

Ia selaras pengumuman Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berhubung PKPB di Putrajaya, Kuala Lumpur dan Selangor bagi membantu kerajaan mengekang penularan wabak Covid-19 yang semakin meningkat.

Najib, 67, menghadapi empat tuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dana 1MDB.

Ahli Parlimen Pekan itu juga didakwa atas 16 tuduhan menerima wang hasil aktiviti haram daripada akaun Tanore Finance Corporation di Falcon Private Bank, Singapura ke akaun AmIslamic Bank Berhad miliknya sebelum memindahkannya semula ke akaun milik Tanore berjumlah RM2,196,786,711.87.

Dia turut didakwa dengan lima tuduhan, menggunakan hasil daripada aktiviti haram untuk disalurkan kepada lima pihak.

Ia membabitkan RM20,000,000 kepada Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO); UMNO Bahagian Batu Kawan (RM100,000); ahli perniagaan, Lim Soon Peng (RM246,000); ORB Solutions Sdn. Bhd (RM2,000,000) dan Semarak Konsortium Satu Sdn Bhd (RM303,000).

Sumber : Berita Harian

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram & Juga Twitter @CherasDaily untuk info baharu dan terkini!

PERHATIAN: Pihak Cheras Daily  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir dengan bijak terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Cheras Daily juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*