Perkembangan Politik Negeri Perak Dipantau SPRM Jika Terdapat Kesalahan Rasuah.

SPRM Perak akan memantau perkembangan politik semasa negeri Perak bagi mengesan jika terdapat sebarang kesalahan rasuah.

Pengarah SPRM Perak, Datuk Mohd Fauzi Mohamad berkata, bagaimanapun setakat ini pihaknya tidak menerima sebarang laporan berhubung perkara itu.

“SPRM tidak menerima apa-apa maklumat atau aduan berhubung kemelut berlaku sekarang, tetapi kita memerhati dan melihat apa akan berlaku.

“Jika kita menerima aduan akan melakukan siasatan seperti biasa mengikut perundangan yang ada,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Sambutan Hari Antirasuah Antarabangsa (HARA) 2020 dan Pelancaran Buku Pelan Antirasuah Organisasi Majlis Perbandaran Manjung (MPM) 2021-2025, di sini, hari ini.

Jumaat lalu, negara dikejutkan dengan kemelut politik di Perak, di mana Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu terpaksa meletak jawatan Menteri Besar susulan kegagalan beliau meraih sokongan majoriti di Dewan Undangan Negeri (DUN).

Mohd Fauzi berkata, mana-mana pihak atau individu ditawarkan sebarang bentuk suapan diminta membuat laporan kepada pihaknya.

“Mana-mana individu diberikan tawaran itu (kemelut politik semasa) boleh tampil memberi laporan secara rasmi di pejabat SPRM, pada bila-bila masa dan kita tidak akan berkompromi,” katanya.

Tahun lalu, pihaknya menahan 100 individu dengan hampir 50 peratus adalah penjawat awam membabitkan pelbagai kesalahan.

“Kebanyakan kesalahan penjawat awam berhubung isu tata kelakuan, penerimaan kontrak, tuntutan rasmi dan sebagainya.

“Dengan usaha dilakukan termasuk pembabitan pihak berkuasa tempatan (PBT) saya berharap lebih banyak pemberi rasuah dapat ditahan pada tahun hadapan,” katanya.

Sumber : Harian Metro

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram & Juga Twitter @CherasDaily untuk info baharu dan terkini!

PERHATIAN: Pihak Cheras Daily  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir dengan bijak terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Cheras Daily juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*