Pesalah Narkotik Di Sabah M4ti Secara Tiba Tiba Selepas Hukuman Dijatuhkan Terhadapnya.

Seorang pesalah narkotik yang pengsan selepas hakim membacakan hukuman yang dijatuhkan terhadapnya disahkan meninggal dunia, hari ini.

Dalam kejadian jam 11 pagi itu, pesalah dikenali sebagai Hadirun, 42, yang ditahan anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang dibawa ke Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu untuk penghakiman.

Bagaimanapun, sebaik hakim menjatuhkan hukuman terhadapnya, lelaki berkenaan tiba-tiba rebah sehingga mengejutkan petugas mahkamah.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Superintendan George Abd Rakman berkata, pihak polis mahkamah kemudiannya segera menghubungi pihak ambulans untuk tindakan segera.

Katanya, lelaki itu kemudiannya dibawa ke Hospital Queen Elizabeth I (HQE I) untuk mendapatkan rawatan lanjut.

“Orang Kena Tahan (OKT) ini disahkan meninggal dunia pada jam 12.06 tengah hari dan kematiannya dipercayai disebabkan serangan jantung.

“Kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

George berkata, OKT berasal dari Buton, Indonesia dan dituduh mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Katanya, mahkamah menjatuhkan hukuman enam bulan penjara dan diarahkan dirujuk kepada Jabatan Imigresen selepas hukuman selesai untuk pengusiran.

Sumber : HMetro

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram & Juga Twitter @CherasDaily untuk info baharu dan terkini!

PERHATIAN: Pihak Cheras Daily  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir dengan bijak terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Cheras Daily juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*