PM Pergi Mengadap Agong Di Kuantan Petang Tadi.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di Istana Abdul Aziz, di sini, bagi mengadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Muhyiddin yang sebelum ini mempengerusikan mesyuarat khas Kabinet di Perdana Putra, Putrajaya tiba jam 4.40 petang.

Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Affendi Buang antara yang turut kelihatan memasuki istana.

Wakil media sudah berkumpul di pintu masuk utama istana sejak jam 3 petang selepas timbul spekulasi Muhyiddin akan mengadap Yang di-Pertuan Agong di sini.

Spekulasi mengenai Perdana Menteri akan mencadangkan pembubaran Dewan Rakyat dan Darurat Politik kepada Yang di-Pertuan Agong bagi mengatasi ketidakstabilan politik dan mengelak lebih banyak konflik dalam sidang Parlimen akan datang bertiup kencang selepas berakhirnya mesyuarat khas Kabinet.

Namun sehingga kini beberapa menteri yang dihubungi enggan membuka mulut mengenai perkara itu.

Sumber : Harian Metro

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram & Juga Twitter @CherasDaily untuk info baharu dan terkini!

PERHATIAN: Pihak Cheras Daily  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir dengan bijak terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Cheras Daily juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*