PM Tak Gentar Dengan Anwar Ibrahim , Biarkan YDP Agong Buat Keputusan.

TS Muhyiddin Yassin Masih Perdana Menteri

Kuala Lumpur: Dakwaan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mempunyai sokongan majoriti Ahli Dewan Rakyat untuk membentuk kerajaan hendaklah dibuktikan melalui proses ditentukan Perlembagaan Persekutuan.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yasin berkata, beliau mengambil maklum kenyataan Anwar yang mendakwa mempunyai sokongan majoriti Ahli Dewan Rakyat untuk membentuk kerajaan.

Menurutnya, dakwaan itu hendaklah dibuktikan menurut proses dan kaedah yang ditentukan oleh Perlembagaan Persekutuan.

“Tanpa melalui proses itu, kenyataan Datuk Seri Anwar hanyalah dakwaan semata-mata.

“Sehingga dibuktikan sebaliknya, Kerajaan Perikatan Nasional (PN) masih berdiri teguh dan saya adalah Perdana Menteri yang sah,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Muhyiddin berkata, beliau memohon supaya rakyat bertenang menghadapi situasi ini.

“Insya-Allah, isu ini akan ditangani dengan baik menurut proses undang-undang dan Perlembagaan Persekutuan,” katanya.

Biar Perlembagaan, Yang di- Pertuan Agong Membuat Keputusan

Kota Kinabalu: “Kita ada Perlembagaan Malaysia sebagai asas untuk buat keputusan, jadi apapun yang dikatakan, ini akan diputuskan dalam Perlembagaan,” kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau memberi reaksi itu bagi mengulas dakwaan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mendakwa mempunyai majoriti kukuh dan meyakinkan, iaitu hampir dua pertiga kerusi Parlimen untuk membentuk kerajaan baharu.

Muhyiddin berkata, beliau masih Perdana Menteri meskipun pemimpin pembangkang itu hari ini mendakwa mendapat sokongan majoriti Ahli Parlimen untuk mengambil alih jawatan itu.

Bagaimanapun, beliau tidak mahu mengulas lebih lanjut perkara itu kerana menghormati pandangan selain menyerahkannya kepada perlembagaan dan budi bicara Yang di-Pertuan Agong.

“Saya tidak mahu sentuh (dakwaan Anwar itu) kerana ini kuasa Yang di-Pertuan Agong,” katanya pada Majlis Ramah Mesra Bersama Perdana Menteri di Luyang, di sini, malam ini.

Turut hadir Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Datuk Yong Teck Lee, Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Datuk Seri Dr Ronald Kiandee, calon Perikatan Nasional (PN) Luyang Gee Tien Siong dan calon Barisan Nasional (BN) Likas Dr Chang Kee Ying.

Muhyiddin berkata, sebagai Perdana Menteri, beliau bertanggungjawab terhadap semua rakyat negara ini tanpa mengira kaum.

“Saya di sini masih Perdana Menteri. Apapun situasi dalam negara, sebagai pemimpin negara saya bertanggungjawab kepada semua tanpa mengira Melayu, Cina, India, Kadazan, Iban,” katanya.

Tengah hari tadi, Anwar dalam satu sidang media di Kuala Lumpur mendakwa memperoleh sokongan majoriti Ahli Parlimen untuk mengambil alih jawatan Perdana Menteri dan hanya menunggu untuk mengadap Yang di-Pertuan Agong.

Sumber : Harian Metro

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram & Juga Twitter @CherasDaily untuk info baharu dan terkini!

PERHATIAN: Pihak Cheras Daily  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir dengan bijak terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Cheras Daily juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri. 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*