PM Tiba Di Perdana Putra, Mempengerusikan Mesyuarat Khas Kabinet, Dipercayai Bincang Keputusan Mesyuarat Raja- Raja.

Tan Sri Muhyiddin Yassin, Perdana Menteri Malaysia, dilihat tiba di Bangunan Perdana Putra, di sini, kira-kira jam 9.20 pagi tadi.

Beliau dijangka mempengerusikan Mesyuarat Khas Kabinet pagi ini.

Lewat malam tadi, BH melaporkan pertemuan itu dipercayai membincangkan keputusan mesyuarat khas Raja-Raja Melayu petang semalam, selain beberapa urusan kerajaan.

Sumber berkata, jemputan mesyuarat dikeluarkan oleh Pejabat Perdana Menteri tengah hari semalam, iaitu sebelum mesyuarat khas Raja-Raja Melayu bermula.

Bagaimanapun agenda mesyuarat di Putrajaya itu dikatakan masih tidak diketahui.

Muhyiddin dalam satu kenyataan malam tadi berkata, Jemaah Menteri akan berbincang dengan lebih lanjut berhubung titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, semalam bahawa tiada keperluan untuk mengisytihar darurat di negara ini atau mana-mana bahagian di Malaysia buat masa ini.

Perdana Menteri berkata, Jemaah Menteri mengambil maklum mengenai kenyataan yang dikeluarkan Istana Negara itu.

Keutamaan Jemaah Menteri dan kerajaan pada masa ini ialah melindungi rakyat daripada wabak COVID-19, dan bukannya berperang politik, jelasnya lagi.

Sumber : Harian Metro

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram & Juga Twitter @CherasDaily untuk info baharu dan terkini!

PERHATIAN: Pihak Cheras Daily  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir dengan bijak terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Cheras Daily juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*