PM Umum PKP di P. Pinang, Selangor, WP, Johor, Melaka Dan Sabah. Ini Berita Lanjut…

Setakat Jam 6.27 min petang tadi semasa pengumuman, PKP dilaksanakan semula di Pulau Pinang, Selangor, WP, Johor, Melaka dan Sabah, PKP dimulakan dengan kadar 14 hari bermula dari 13hb januari sehingga 26hb Januari 2021.

selain daripada itu, PKPB dilaksanakan di Pahang, Perak, Negeri Sembilan, Kedah, Terengganu dan Kelantan.

manakala PKPP di Perlis dan Sarawak.

Menurutnya, negeri yang dikenakan PKP adalah negeri yang berisiko tinggi hasil penilaian risiko oleh KKM dan tahap keupayaan perkhidmatan kesihatannya telah hampir mencapai kapasiti maksimum.

Katanya, KKM akan membuat penilaian risiko secara berterusan bagi memutuskan sama ada pelaksanaan PKP ini akan ditamatkan atau diteruskan sebelum tempoh dua minggu berkenaan tamat.

Pastikan Jarak 2 Meter Ketika Beriadah

Penduduk di negeri yang dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dibenarkan keluar rumah untuk beriadah dengan anggota isi rumah.

Negeri yang dikenakan PKPB adalah Pahang, Perak, Negeri Sembilan, Kedah, Terengganu dan Kelantan; manakala PKPP dilaksanakan di Perlis dan Sarawak.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata kebenaran itu diberikan berikutan beliau sedar pengasingan diri untuk satu tempoh yang lama boleh memberi tekanan terhadap kesihatan mental.

Bagaimanapun, beliau mengingatkan individu yang mahu beriadah perlu memastikan jarak dua meter dengan orang lain pada setiap masa.

“Bagi memastikan kesihatan minda dan fizikal yang berterusan, anda dibenarkan meninggalkan rumah untuk beriadah dengan anggota isi rumah saja.

“Pastikan jarak anda daripada orang lain adalah dua meter setiap masa. Kalau hendak berjoging, jangan lebih daripada dua orang dan kalau berbasikal, janganlah secara berkumpulan. Cukuplah seorang saja,” katanya dalam Perutusan Perdana Menteri yang disiarkan secara langsung, hari ini.

Sumber : Twitter KKM, Harian Metro & Berita Harian

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram & Juga Twitter @CherasDaily untuk info baharu dan terkini!

PERHATIAN: Pihak Cheras Daily  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir dengan bijak terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Cheras Daily juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*