Polis Boleh Ambil Tindakan Jika Salah Guna Surat Pelepasan Dari Majikan Untuk Tujuan Lain.

Pihak Polis boleh mengambil tindakan tegas kepada mereka yang menyalahgunakan surat majikan untuk kegunaan lain selain tujuan bekerja.

Menurutnya, surat kebenaran daripada majikan hanya untuk bekerja bukan untuk (keluar) bercuti pada hujung minggu.

Katanya, surat daripada majikan hanyalah untuk tujuan bekerja kepada pekerja di pejabat, kilang atau perindustrian.

“Jika individu terbabit menyalahgunakan surat kebenaran yang dikeluarkan oleh majikan masing-masing untuk mendapat pelepasan ketika sekatan jalan raya, boleh dikenakan tindakan.

“Kita serahkan kepada polis untuk mengambil tindakan sewajarnya ke atas mereka yang menyalahi undang-undang,” katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian susulan dakwaan terdapat segelintir individu yang didapati menggunakan surat kebenaran bekerja untuk keluar ke destinasi lain.

Mengulas lanjut, beliau berkata, pelbagai kemudahan termasuk laluan khas disediakan kepada pekerja yang mempunyai pas pekerja dan surat majikan bagi memudahkan pergerakan mereka.

Katanya, polis bersetuju mewujudkan laluan khas itu kepada pekerja termasuk kenderaan pengangkut barangan berkaitan perkilangan dan pekerja barisan hadapan.

Beliau berharap pekerja yang mendapat kebenaran itu tidak menggunakan kemudahan yang disediakan untuk tujuan lain selain daripada bekerja.

Sumber : Harian Metro

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Jangan lupa untuk subscribe Facebook, Instagram & Juga Twitter @CherasDaily untuk info baharu dan terkini!

PERHATIAN: Pihak Cheras Daily  tidak akan bertanggungjawab Iangsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir dengan bijak terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Cheras Daily juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*